Berhati-hati Menggunakan Gajet, Ia Boleh Membunuh

‘Smartphone’ sudah menjadi keperluan asas kepada kita semua.

Perkembangan teknologi dunia tanpa sempadan yang pesat telah membuatkan ‘smartphone’ sebagai gajet yang mempunyai kepelbagaian kegunaan.

Namun, setiap ciptaan manusia pasti ada pro dan kontra atau kebaikan dan kemudaratan.

Di sebalik manfaat ‘smartphone’, sekiranya digunakan tanpa had dan berhati-hati, ianya boleh membawa kemudaratan, malah membawa maut.

Klip video berdurasi 24 saat di atas merakamkan kejadian yang meragut nyawa seorang gadis yang terlalu asyik menggunakan ‘smartphone’ ketika menuruni tangga.





Akibatnya, gadis itu telah tergelincir dan menemui ajalnya kerana tulang di bahagian leher beliau patah ketika jatuh.

Jadi, berhati-hatilah ketika menggunakan ‘smartphone’.

Ia ibarat pisau, sekiranya digunakan untuk kebaikan, maka kita akan mendapat kebaikannya dan sekiranya digunakan untuk keburukan, maka kita akan dapat keburukannya.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker