Isu Tabung Haji: Jawapan Ahmad Marzuk Buktikan Tuduhan Ke Atas Najib Dan Azeez Adalah Fitnah PH

Dalam memberikan jawapan lisan dari Ahli Parlimen Baling, DS Panglima Abdul Azeez Abdul Rahim yang meminta penjelasan mengenai benar atau tidak kerajaan ada memberikan sukuk jaminan kepada Urusharta Jemaah Sdn Bhd (UJSB) sebagai jaminan UJSB akan membayar kembali hutang sebanyak RM27.6 bilion kepada Lembaga Urusan Tabung Haji, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary, dengan jelas menegaskan perkara itu tidak pernah timbul sebagaimana yang diperkatakan sebelum ini.

Dalam menjawab soalan kedua Azeez Rahim kepada Ahmad Marzuk, beliau menjelaskan tidak pernah ada kertas siasatan dibuka untuk menyiasat dakwaan penyelewengan dana Tabung Haji sebagaimana yang sering diperkatakan oleh pihak tertentu.

Untuk mengetahui isu berkenaan UJSB, laman blogĀ The Unspinners pernah memberikan penjelasan mengenainya pada bulan Julai 2020.

Mengenai dakwaan penyelewengan dana Tabung Haji sebanyak RM22 juta di era pemerintahan Barisan Nasional yang diterajui oleh mantan Perdana Menteri ke 6, DS Najib Razak, beliau pernah menjelaskannya di dalam akaunĀ Facebook beliau.





Apa yang mahu Edisi Siasat tekankan di sini ialah, apakah isu yang sebesar ini boleh dibiarkan begitu sahaja.

Di dalam kempen PRU 14, Pakatan Harapan dengan diketuai Dr Mahathir dan disokong oleh mantan Perdana Menteri ke 8, Mahiaddin Md Yasin, telah menabur fitnah yang cukup besar terhadap Barisan Nasional pimpinan DS Najib Razak.

Di setiap pelusuk negara, mereka membuat tuduhan kononnya, Kerajaan Barisan Nasional yang memerintah ketika itu telah menyelewengkan dana Tabung Haji sebanyak RM22 juta dengan menggunakannya bagi tujuan politik.

Malah, Dr Mahathir dan Pakatan Harapan telah berjanji, sekiranya Pakatan Harapan berjaya merampas Putrajaya dari Barisan Nasional, mereka berjanji akan memasukkan di dalam manifesto Pakatan Harapan, penubuhan Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) Tabung Haji untuk menyiasat segala penyelewengan dan mengheret siapa sahaja yang melakukan penyelewengan dana Tabung Haji.

Akibat terpengaruh dengan fitnah yang ditaburkan, seramai 520,000 pendeposit Tabung Haji telah menutup akaun mereka.





Ramai di antara mereka yang terlepas peluang untuk menunaikan fardu Haji.

Malah kesan yang lebih besar ialah, Tabung Haji sendiri mengalami defisit kecairan tunai dan menghadapi krisis kewangan yang sangat serius.

Ini memaksa Tabung Haji untuk menjual pelbagai aset berpotensi mereka bagi menampung beban krisis kewangan.

Tetapi selepas Pakatan Harapan berjaya merampas Putrajaya dan selama 22 bulan Pakatan Harapan memerintah, RCI yang dijanjikan masih lagi tidak tertunai dan selama 18 bulan Perikatan Nasional yang diterajui Mahiaddin Yasin memerintah, RCI yang pernah dijanjikan masih juga tidak tertunai.

Pelbagai alasan diberikan untuk mereka mengelak dari menubuhkan RCI Tabung Haji.





Mengapa?

Perkara ini terjawab apabila Ahmad Marzuk memberikan jawapan bahawa TIDAK ADA walau satu pun kertas siasatan dibuka untuk menyiasat dakwaan penyelewengan dana Tabung Haji.

Maka terbukti dakwaan Dr Mahathir dan Pakatan Harapan adalah fitnah yang amat menjijikkan!!!

Namun, pentadbiran di bawah DS Ismail Sabri MESTI menubuhkan RCI untuk menyiasat bagaimana Special Purpose Vehicle (SPV), UJSB, yang diperbadankan di bawah Kementerian Kewangan ketika Lim Guan Eng menjadi Menteri Kewangan boleh diberikan pinjaman sehingga RM27.6 bilion, sedangkan UJSB ternyata tidak mempunyai kemampuan membayar balik pinjaman tersebut.

Ke manakah RM27.6 bilion itu dibelanjakan dan untuk tujuan apa?





RCI Tabung Haji juga mesti menyiasat, mengapa UJSB secara tergesa-gesa menjual aset Tabung Haji dengan harga yang jauh lebih rendah dari harga pasaran?

Kini, segala-galanya sudah menjadi semakin nyata, DS Najib dan Azeez Rahim serta Barisan Nasional difitnah Dr Mahathir dan Pakatan Harapan semata-mata kerana mereka mahu berkuasa di Putrajaya.

Tabung Haji mengalami krisis kewangan mereka tidak peduli, bakal jemaah haji yang sudah menyimpan berpuluh tahun untuk menunaikan fardu haji terlepas peluang, mereka tidak peduli, yang mereka peduli ialah mereka dapat berkuasa di Putrajaya.

Tidak hairanlah mereka cuma bertahan 22 bulan sahaja dan mereka sendiri yang menjatuhkan kerajaan mereka!!!





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker