Mahkamah: Perkembangan Kes Rogol Bekas EXCO Perak

Pegawai Penyiasat, ASP Yap Siew Cheng, yang mwngendalikan penyiasatan kes rogol amah oleh bekas EXCO Perak, Paul Yong Choo Kiong, memberitahu Mahkamah Tinggi Ipoh, bahawa hasil dari siasatan, beliau mendapati suspek telah merogol mangsa.

Yap Siew Cheng yang juga merupakan saksi ke 23 pendakwaan berkata, kenyataan itu adalah berdasarkan siasatan yang dilakukannya ke atas kes berkenaan.

Ketika menjawab soalan dari Datuk Rajpal Singh yang mengetuai pasukan pembelaan ketika soalan balas telah mencadangkan kepada Siew Cheng bahawa tertuduh tidak merogol mangsa dan wanita itu hanya mereka-reka cerita kerana ingin kembali ke negara asal dan tidak mahu bekerja sebagai pembantu rumah.

“Saya tidak bersetuju kerana hasil siasatan saya mendapati mangsa telah dirogol oleh tertuduh,” katanya ketika menjawab soalan Pengarah Pendakwaan Negeri Perak, Azlina Rasdi di hadapan Hakim Datuk Abdul Wahab Mohamed di Mahkamah Tinggi Ipoh di sini hari ini.





Siew Cheng yang juga saksi ke-23 berkata, hasil siasatan pihaknya juga mendapati semua maklumat yang diberikan mangsa termasuk dari segi tarikh dan masa juga adalah seragam.

Malah katanya, siasatan dan semakan juga telah dilakukan dengan syarikat telekomunikasi dan Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI).

“Siasatan mendapati masa dan tarikh yang dimaklumkan oleh mangsa adalah ‘tally’,” katanya.

Siew Cheng juga tidak bersetuju dengan cadangan Rajpal bahawa siasatan yang dijalankannya adalah bersifat berat sebelah kerana gagal menyiasat isu-isu yang dibangkitkan tertuduh bahawa mangsa mungkin mempunyai masalah mental dan tertuduh telah dianiaya.

Katanya, dia telah menjalankan siasatan lengkap daripada pelbagai sudut termasuk merakam kenyataan saksi, siasatan di tempat kejadian dan semakan di syarikat telekomunikasi.





“Saya tidak setuju kerana saya telah menjalankan siasatan dengan lengkap sehingga mendapat arahan untuk tuduh (di mahkamah),” katanya.

Sehingga hari ini, seramai 23 saksi pendakwaan telah memberi keterangan termasuk dua saksi terlindung iaitu mangsa dan individu yang membawanya membuat laporan polis.

Hakim Datuk Abdul Wahab menetapkan 29 Oktober ini untuk hujahan bertulis dan 16 November depan pula bagi mendengar hujahan lisan kedua-dua pihak.

 

Sumber: Utusan





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker