Mahkamah Persekutuan kekal hukuman gantung warga Nigeria

Mahkamah Persekutuan kekal hukuman gantung warga Nigeria

Mahkamah Persekutuan kekal hukuman gantung warga Nigeria

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman gantung ke atas seorang warga Nigeria selepas didapati bersalah mengedar dadah dengan cara menyembunyikan 99 kapsul metamfetamina dalam perutnya sembilan tahun lalu.

Panel tiga hakim diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, berkata selepas menimbangkan bukti secara keseluruhan, mahkamah sebulat suara yakin sabitan mengedar dadah terhadap Ikenna Emmanuel Chukwudulu adalah selamat.

Justeru, beliau yang bersidang bersama-sama Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Abang Iskandar Abang Hashim dan Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Mary Lim Thiam Suan menolak rayuan Chukwudulu terhadap sabitan serta hukuman mati.





Chukwudulu, 44, dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 24 November 2017 selepas didapati bersalah mengedar 1.085 kilogram metamfetamina di tandas Wad 6C Hospital Serdang antara jam 9.30 pagi 15 Jun 2012 hingga jam 10. 55 pagi 16 Jun 2012.

Selepas membuang air besar, sebanyak 99 kapsul mengandungi dadah diperoleh daripada Chukwudulu, yang juga peniaga pakaian wanita dan hiasan rambut.

Chukwudulu diwakili peguam Sukhaimi Mashud, manakala Timbalan Pendakwa Raya How May Ling bagi pihak pendakwaan. – BERNAMA

Mahkamah Persekutuan kekal hukuman gantung warga Nigeria


​Disyorkan Untuk Anda :





Lawati Laman Facebook Kami


https://edisisiasat.com/2021/09/28/mahkamah-rayuan-kekal-keputusan-bebaskan-juruteknik/

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker