MARIA ARSHAD DISAHKAN POSITIF TAHAP 2

MARIA ARSHAD DISAHKAN POSITIF TAHAP 2

“Benda ini jadi sejak lapan hari lalu kalau tak silap saya. Ibu mertua ada mengadu tak sihat kerana demam dan sakit kepala tapi dia hanya mahu makan ubat mungkin kerana dia rasa masih kuat untuk melawan sakitnya.

“Walaupun sudah buat ujian kit Covid-19 sendiri dan keputusannya negatif, tapi keadaan ibu mertua masih sama. Ketika dia sakit, dia duduk di rumah kami dan apabila melihat keadaannya bertambah buruk, kami buat keputusan bawa dia ke hospital swasta untuk rawatan lanjut.

“Dan kami terkejut kerana doktor sahkan dia positif Covid-19 tahap dua,” demikian jelas pelakon dan penyampai radio Suria FM, Sharifah Shahirah, mengenai ibu mentuanya, pelakon terkenal era 80an, Datin Maria Arshad, 63, yang disahkan positif Covid-19 tahap dua pada Sabtu, setelah lebih seminggu mengalami demam.





Menurut Sharifah Shahirah atau lebih mesra disapa Shiera, keadaan ibu mentuanya bertambah buruk selepas pengambilan ubat paracetamol tidak berkesan.

Terdahulu, Shiera menerusi laman Instagram memberitahu dia dan keluarga menjadi kontak rapat pesakit Covid-19 dan kini sedang menjalani kuarantin kendiri walaupun keputusan ujian calitan Covid-19 yang dilakukan adalah negatif.

Mengulas lanjut, isteri kepada pelakon Ijoy Azhari itu berkata, setakat ini hanya ibu mertuanya yang bergejala dan tidak mengetahui dari mana menerima jangkitan tersebut.

“Ibu mertua menerima rawatan di hospital. Kami sekeluarga dah buat ujian Covid-19 dan setakat ini semuanya negatif dan kalau ikutkan apa yang dikemaskini melalui aplikasi MySejahtera, saya dikategorikan sebagai kontak kasual dan tidak bergejala.





 


Disyorkan Untuk Anda :


“Sebenarnya saya masih boleh menjalankan rutin harian seperti biasa. Tapi atas inisiatif sendiri, saya ambil pendekatan untuk kuarantin dan akan melakukan ujian Covid-19 lima hari lagi seperti yang disarankan oleh doktor.

“Sebab simptom Covid-19 tidak datang serta merta, mungkin dua tiga hari lagi… tapi saya tidak minta dan doa dijauhkan. Jadi semua kerja-kerja yang perlu bersemuka saya terpaksa ditangguhkan dahulu,” katanya.

Pada masa sama, Shiera mengingatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dan peka terhadap keadaan kesihatan masing-masing bagi mengelak perkara yang tidak diingini berlaku.

“Apa yang berlaku ini sebenarnya pengajaran untuk semua. Kalau rasa-rasa kesihatan tak berapa baik walaupun tiada siapa di sekeliling positif Covid-19, buatlah ujian Covid-19,” ujarnya.





MARIA ARSHAD DISAHKAN POSITIF TAHAP 2


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami


https://edisisiasat.com/2021/09/28/tamat-pengajian-di-uk-adik-neelofa-athisha-khan-sambut-majlis-konvo-di-rumah/

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker