Melaka kecewakan Jang

Melaka kecewakan Jang
MELAKA: Melaka United (MU) menepati sasaran meraih tiga mata selepas mengatasi Negeri Sembilan 2-0 pada aksi pertama Kumpulan C Piala Malaysia di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput sebentar tadi.
Aksi yang tertangguh kira-kira 28 minit susulan cuaca buruk ketika perlawanan memasuki minit ke-12, jelas memberi rahmat buat skuad tuan rumah selepas perlawanan bersambung.
Aksi yang lebih banyak dikuasai tuan rumah pada 45 minit pertama akhirnya berjaya mendapatkan gol pembukaan pada minit ke-28 menerusi import kelahiran Brazil, Adriano Aparecido Narcizo.
Gol terbabit berpunca daripada hantaran menarik Manuel Ott sekali gus membolehkan Adriano melakukan sepakan kencang dari luar kotak penalti menewaskan penjaga gol, Damien Lim.
Pelawat yang terkejut dengan jaringan terbabit turut melakukan percubaan menarik namun tandukan Arthur Cunha dua minit selepas itu berjaya diselamatkan penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat.

Melaka melakukan tiga percubaan bahaya menerusi Jang Suk Won (m-35), Sony Norde (m-36) dan Manual Ott empat minit sebelum rehat namun kesemua usaha terbabit berjaya diselamatkan Damien.
Bersambung babak kedua, skuad Jang bertindak agresif untuk mencari gol penyamaan dengan harapan sekurang-kurangnya membawa pulang satu mata namun tandukan kapten pasukan, Nasrullah Hanif Johan pada minit ke-54 berjaya diselamatkan Khairul Fahmi.
Apa yang pasti status juara Liga Perdana yang dibawa skuad NS jelas memberi impak untuk melakukan tekanan kepada tuan rumah namun setiap usaha mereka gagal membuahkan hasil.
Sebaliknya, Melaka terus menambah jaringan kedua mereka pada minit ke-65 menerusi percubaan kaki kiri S Kumahraan untuk skuad terbabit selesa di depan.
Melaka kecewakan Jang
Disyorkan Untuk Anda :
- ZURAIDAH: KES ADIB SUDAH DI TUTUP
- SHAH ALAM TENGGELAM, KHALID SAMAD PUN SAMA SAMA TENGGELAM?
- SENYUM PAGI: SENYUM BOLEH TAPI JANGAN GELAK
- ‘KEBIJAKSANAAN’ MAHIADDIN SEBAGAI PENGERUSI MPN!!!
Lawati Laman Facebook Kami
https://edisisiasat.com/2021/09/28/mahkamah-persekutuan-kekal-hukuman-gantung-warga-nigeria/