PERKEMBANGAN TERKINI NENEK ALIFF SYUKRI

PERKEMBANGAN TERKINI NENEK ALIFF SYUKRI

“Tp Allah Yang memiliki segalanya. Selepas lima hari koma di hospital Kuala Pilah saya dapat keluarkan mak saya masuk KPJ Damansara. Alhamdulillah doktor pakar jantung, buah pinggang menguruskan mak saya dengan baik.

“Kegagalan buah pinggangnya menyebabkan jantung mak kini baru fungsi cuma 40% sahaja, dia tidak boleh bernafas dengan baik sbb toksin byk. Lawak Mak sy dia kata takut dengar irg bacakan dia yasin, ni peluang kali ke 2 dpt hidup lgi katanya. Mak saya taubat xnak balik kampung lagi dan tak nak skip cuci buah pinggang.

“Hospital kerajaan memang tidak benar masuk melawat langsung kerana keadaan mak yang sangat kritikal tapi bila di hospital swasta benarkan tp juga ketat syarat nya untuk masuk (rekod PCR dlm 2 week),” jelas usahawan, Rozita Ibrahim atau lebih mesra dengan sapaan Bonda Rozita yang berkongsi perkembangan terkini ibunya, yang sebelum ini mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Pilah.





Rozita pada masa turut memaklumkan mengenai status kesihatan si ibu yang telah sedar selepas lima hari koma dan kini sudah pun dipindahkan ke Hospital KPJ, Damansara, Selangor. Ibu kepada usahawan kosmetik terkenal Datuk Aliff Syukri ini meluahkan rasa syukur dan turut berpesan buat mereka yang masih mempunyai ibu.

“Mak kita hanya ini sahaja dan selepas ini kalau dia tidak ada hilanglah tunggak kami. Bagi anda semua yang mempunyai mak jaga saat bersama Mak. Kebersamaan dan nyawa ke hujung usia dengan kalimah Allah itu yg kami cuba usahakan,” tambahnya yang berkongsi perkara tersebut menerusi satu hantaran di akaun Instagram miliknya.

PERKEMBANGAN TERKINI NENEK ALIFF SYUKRI


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami






https://edisisiasat.com/2021/09/28/penerbit-buat-laporan-polis-terima-ugutan-bunuh-4-kali-daripada-pengarah-filem/

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker