Rasuah: 3 Anggota Polis Mengaku Tidak Bersalah

3 anggota polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Seremban hari ini, atas tuduhan menerima rasuah sebanyak RM10,000 untuk menukar seksyen kesalahan seorang suspek yang disiasat di bawah kes dadah.

Tertuduh, Vincent Yap, 54 yang berpangkat Sarjan dan 2 lagi tertuduh berpangkat Koperal iaitu Mohd. Khairum Yahya, 32, serta Zulkifli Halim, 40, membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Madihah Harullah.

Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 (1) akta sama serta dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Mengikut pertuduhan, kesemua tertuduh yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol, Negeri Sembilan didakwa telah secara rasuah menerima satu suapan iaitu wang tunai daripada Hanapi Mansor sebagai dorongan untuk menukar seksyen kesalahan yang lebih rendah di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.





Kesalahan itu dilakukan di Pondok Polis Palong 12, Jempol pada 17 Oktober 2017.

Mahkamah membenarkan kesemua tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin beserta syarat tambahan perlu melapor diri di Ibu Pejabat SPRM Negeri Sembilan pada minggu pertama setiap bulan.

Kes akan disebut semula 28 Oktober depan.

 

Kredit: Utusan





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker