TAMAT PENGAJIAN DI UK – ADIK NEELOFA, ATHISHA KHAN SAMBUT MAJLIS KONVO DI RUMAH
TAMAT PENGAJIAN DI UK – ADIK NEELOFA, ATHISHA KHAN SAMBUT MAJLIS KONVO DI RUMAH
Menerusi muat naik di laman Instagram, personaliti media sosial yang juga adik kepada selebriti popular Noor Neelofa iaitu Athisha Khan telah berjaya menamatkan pengajian di United Kingdom.
Dalam entri tersebut, Athisha berkongsikan gambar memakai jubah konvokesyen dalam majlis serba ringkas yang diadakan di rumah bersama keluarga.
Difahamkan gadis berusia 23 tahun itu merupakan graduan undang-undang perniagaan di University of Birmingham, United Kingdom.
Dalam beberapa perkongsian lain, Athisha turut menzahirkan penghargaan buat kedua ibu bapanya, Datuk Abdul Halim Khan dan Datin Noor Kartini di atas sokongan mereka selama ini sepanjang pengajian.
Perkongsian Athisha itu mendapat pelbagai reaksi daripada pengikutnya yang tidak melepaskan peluang mengucapkan tahniah kepadanya.
TAMAT PENGAJIAN DI UK – ADIK NEELOFA, ATHISHA KHAN SAMBUT MAJLIS KONVO DI RUMAH
Disyorkan Untuk Anda :
- ZURAIDAH: KES ADIB SUDAH DI TUTUP
- SHAH ALAM TENGGELAM, KHALID SAMAD PUN SAMA SAMA TENGGELAM?
- SENYUM PAGI: SENYUM BOLEH TAPI JANGAN GELAK
- ‘KEBIJAKSANAAN’ MAHIADDIN SEBAGAI PENGERUSI MPN!!!
Lawati Laman Facebook Kami
https://edisisiasat.com/2021/09/27/kepala-bakal-menantu-di-sepak-mertua-ketika-majlis-akad-nikah/