6 maut akibat banjir di Thailand, 70,000 rumah tenggelam

6 maut akibat banjir di Thailand, 70,000 rumah tenggelam
Seorang wanita mengeluarkan wang daripada mesin ATM yang dihadang menggunakan guni pasir di Bangkok, Thailand. – Foto AFP

6 maut akibat banjir di Thailand, 70,000 rumah tenggelam

BANGKOK: Pihak berkuasa bergegas cuba mencegah banjir di kawasan tertentu di Bangkok selepas enam terkorban dan 70,000 buah rumah ditenggelami air di wilayah utara dan tengah Thailand.

Menurut Jabatan Pencegahan Bencana dan Mitigasi Thailand, Ribut Tropika Dianmu mengakibatkan banjir di 30 wilayah, dengan kawasan sekitar Bangkok paling teruk terjejas.

Paras air Sungai Chao Phraya, yang merentasi Bangkok selepas jajaran lebih 400 kilometer (km) dari utara, terus meningkat meskipun pihak berkuasa melepaskan air empangan di hilir sungai.

Hari ini, pihak tentera membina penghadang dan menyusun guni pasir bagi melindungi runtuhan lama di tapak arkeologi dan mercu tanda utama di ibu kota diraja lama, Ayutthaya, kira-kira 60 km ke utara Bangkok.





Pihak berkuasa Bangkok sudah mula mengatus beg pasir di luar bank dan premis perniagaan lain dekat sebuah terusan di Thonglor, kawasan perumahan dan pusat beli belah popular bagi warga ekspatriat.

Kawasan yang pernah digelar ‘Venice Timur’ itu dibina selepas menambak kawasan paya dan berada kira-kira 1.5 meter di atas paras laut.

Sebelum ini, ladang pertanian dan sawah padi di kawasan rendah dapat menyalurkan keluar air berlebihan akibat banjir tetapi kini kawasan berkenaan sudah dibangunkan menjadi hartanah untu kediaman atau perniagaan.

Sementara itu, pelan induk kerajaan bagi pencegahan banjir merangkumi empangan bawah tanah dan terowong tidak dapat dibina berikutan kesukaran mengambil alih tanah.





Sejak hujung minggu lalu, pasukan kecemasan melakukan beberapa operasi menyelamat mangsa dari bumbung rumah di perkampungan sekitar wilayah Chaiyaphum. – AFP

6 maut akibat banjir di Thailand, 70,000 rumah tenggelam


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami


https://edisisiasat.com/2021/09/29/polis-tahan-lelaki-timbulkan-kekecohan/

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker