Ahmad Maslan Di Bebaskan Dari Tuduhan Selepas Bayar Kompaun RM1.1 Juta Tiada Kaitan Dengan Politik

Sebentar tadi Edisi Siasat ada menulis mengenai Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah melepas dan membebaskan DS Ahmad Maslan dari pertuduhan gagal mengisytiharkan harta RM2 juta kepada LHDN dan memberikan kenyataan palsu kepada SPRM.

Baca di sini:

https://edisisiasat.com/2021/09/29/ds-ahmad-maslan-di-bebas-dan-di-lepaskan-oleh-mahkamah-tinggi/

Tulisan Edisi Siasat adalah mengikut berita ringkas yang telah disiarkan oleh Bernama.

Seperti yang dijanjikan, berikut maklumat terperinci yang diperolehi.





Tetuan Shahrul Hamidi & Haziq iaitu peguam mewakili Ahmad memaklumkan proses penyelesaian ini adalah semata-mata bagi tujuan kes ini dan tiada sebarang kaitan dengan apa-apa faktor politik atau luaran dan tidak melibatkan mana-mana orang atau agensi lain selain agensi siasatan dan agensi pendakwaan yang terlibat.

“Penyelesaian ini adalah satu penyelesaian yang menang-menang bagi semua pihak dan seiring dengan undang-undang”.

“DS Ahmad juga telah menyelesaikan komitmen beliau bagi tujuan penyelesaian ini iaitu melunaskan pembayaran kompaun sepertimana yang telah dipersetujui oleh pendakwaan dan pembelaan, selepas Ahli Parlimen Pontian membayar kompaun sebanyak RM1.1 juta”.

“Untuk makluman, jumlah kompaun yang dibayar iaitu RM1.1 juta adalah bantuan dan pinjaman daripada rakan-rakan yang telah menyokong Ahmad sepanjang perjuangan beliau,” katanya.

Jadi, adalah tidak wajar sekiranya ada pihak yang cuba memutarbelitkan isu ini dengan mendakwa keputusan mahkamah itu adalah disebabkan adanya campurtangan politik.





Dan tuduhan itu boleh didakwa atas kesalahan menghina keputusan mahkamah.

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker