Apa Lagi Alasan PPBM Untuk Menolak Pencalonan Ahmad Maslan Sebagai Timbalan Speaker

Kini Setiausaha Agung UMNO, DS Ahmad Maslan, sudah bebas dari pertuduhan di mahkamah.

Baca di sini:

https://edisisiasat.com/2021/09/29/ahmad-maslan-di-bebaskan-dari-tuduhan-selepas-bayar-kompaun-rm1-1-juta-tiada-kaitan-dengan-politik/

Maka, dengan secara rasminya nama Ahmad Maslan sudah terkeluar dar senarai ‘kluster mahkamah’.





PPBM telah menolak pencalonan Ahmad Maslan sebagai Timbalan Yang Di Pertua Dewan Rakyat dengan alasan kononnya tidak mahu menyokong ‘kluster mahkamah’.

Keputusan ini dibuat kerana kononnya tidak mahu imej PPBM yang bajet suci itu tercalar.

Namun, selepas Ahmad Maslan dibebaskan oleh mahkamah, Edisi Siasat mendapat maklumat dari dalaman PPBM sendiri yang mengatakan bahawa PPBM tetap akan menolak pencalonan Ahmad Maslan sebagai Timbalan Yang Di Pertua Dewan Rakyat.

Alasan mereka kali ini ialah Ahmad Maslan dibebaskan bukan dengan proses perundangan yang sempurna, maksudnya bukan hingga akhir perbicaraan dan mahkamah mendapati beliau tidak bersalah.

Kami di Edisi Siasat menggelengkan kepala bila mendapat maklumat ini.





Bukankah PPBM menolak Ahmad Maslan kerana beliau adalah ‘kluster mahkamah’ dan selepas beliau terkeluar dari ‘kluster mahkamah’, kenapa pula dicipta alasan baharu?

Timbul persoalan sekarang, apa tujuan sebenar PPBM menolak Ahmad Maslan?

Adakah kerana kononnya mempertahankan kredibiliti dan integriti PPBM yang bajet suci atau kerana mahu menunjukkan bahawa PPBM adalah dominan di dalam kerajaan, walau pun Perdana Menteri datangnya dari Umno?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker