Biadab: Di Serang Dan Di Ludah Hanya Kerana Berhijab

Baraa Bolat

Seorang wanita Muslim, Baraa Bolat (gambar), mendakwa diserang secara fizikal apabila hijab yang dipakainya ditarik serta diludah oleh individu tidak dikenali semasa berada di dalam bas di bandar Vienna, Austria.

“Seorang wanita mendekati saya dan memberitahu supaya kembali ke Turki dengan begitu prejudis disebabkan saya memakai tudung, walaupun saya bukan berasal dari Turki”.

“Saya buat tidak tahu tetapi dia pula yang meludah saya”.

“Kemudian saya turun dari bas dan dia tetap mengikuti saya sehingga menarik tudung saya”.

“Tindakan itu menyebabkan jarum yang berada di tudung mencederakan dagu saya”.





“Saya menjerit tetapi dia tidak berhenti sehingga saya keluarkan telefon bimbit dan mengambil gambarnya,” luahnya.

“Saya perlu bersikap tegas terhadap kejadian itu dan semua orang perlu belajar me­ngenainya”.

“Tidak kira memakai hijab atau tidak, warna kulit mahupun etnik, tiada sesiapa yang perlu melalui kejadian seperti ini,” tegasnya.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker