Calon gol ‘roket’ Tae Su ke Puskas

Calon gol 'roket' Tae Su ke Puskas

Calon gol ‘roket’ Tae Su ke Puskas

KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) wajar mempertimbangkan supaya menghantar pencalonan jaringan sepakan percuma ‘roket’ pemain Sabah FC, Park Tae Su ketika bertemu PJ City FC bagi pencalonan Anugerah Puskas Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Tenaga Pengajar Elit Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), Prof Madya Dr Zulakbal Abd Karim berkata ini kerana jaringan terbabit dianggap berkelas dunia dan seharusnya mendapat pengiktirafan yang sewajarnya apatah lagi gol itu berjaya menarik perhatian badan induk antarabangsa itu.

“Kalau gol itu tidak menarik, sudah tentu FIFA tidak akan berkongsi jaringan itu di laman sosialnya. Jadi, saya berpendapat itu sebagai salah satu alasan munasabah di mana FAM patut pertimbangkan pencalonan itu.






Disyorkan Untuk Anda :


“Berdasarkan gol itu juga, kita melihat teknik dan ketepatan yang dilakukan untuk menghasilkan jaringan itu di mana ia singgah di palang dan terus masuk ke gol. Jika tidak terkena palang, mungkin penjaga gol boleh menyelamatkannya.

Terdahulu, nama Liga Malaysia (Liga M) dan Sabah FC ‘mendunia’ selepas jaringan Tae Su menarik perhatian FIFA yang menyaksikan mereka berkongsi klip video jaringan terbabit ketika aksi Piala Malaysia bertemu PJ City FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), kelmarin.

Sekali imbas, jaringan itu mirip gol yang pernah dihasilkan pemain kebangsaan, Aidil Zafuan Abdul Radzak ketika berdepan Taiwan pada 2011.

Bagaimanapun, jaringan terbabit tidak mencukupi untuk Sabah FC meraih kemenangan apabila diikat tuan rumah 1-1 sekali gus terpaksa berpuas hati berkongsi satu mata.





Pada 2016, bekas pemain Pulau Pinang, Mohd Faiz Subri menjadi kebanggaan Malaysia dan benua Asia selepas menjadi pemain Asia pertama menerima Anugerah Puskas selepas ‘gol melawan hukum fizik’ dijaringkan ketika menentang Pahang diiktiraf sebagai gol tercantik dunia.

Calon gol ‘roket’ Tae Su ke Puskas

https://edisisiasat.com/2021/09/29/itu-bukan-tugas-messi-ferdinand/

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker