DS Najib Jelaskan Tujuan Pembayaran Kompaun RM1.1 Juta DS Ahmad Maslan

Berita hangat hari ini ialah keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Ahli Parlimen Pontian dari pertuduhan gagal mengisytiharkan harta RM2 juta kepada LHDN dan memberikan kenyataan palsu kepada SPRM.

Berita itu disambut dengan pelbagai reaksi netizen dari penyokong politik.

Netizen pro UMNO mengucapkan kesyukuran kerana akhirnya kes yang melibatkan Setiausaha Agung UMNO itu dapat diselesaikan dengan baik.





Manakala netizen yang menyokong parti politik yang menjadi seteru UMNO pula menyambut berita itu dengan pelbagai kata-kata sindiran yang tajam.

Dalam satu hantaran di Facebook, mantan Perdana Menteri ke 6 yang juga merupakan mantan Presiden UMNO, DS Najib, tampil memberikan penjelasan mengenai kompaun RM1.1 juta yang dibayar oleh Ahmad Maslan.

Baca di sini:

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=411817666975844&id=100044428416531

Menurut DS Najib, kompaun RM1.1 juta yang dibayar oleh Ahmad Maslan merupakan jumlah yang dianggap munasabah untuk dibayar oleh Ahmad Maslan selepas pihak pendakwa tidak lagi mahu meneruskan kes tersebut.





Sebagai ahli politik, walau pun Ahmad Maslan yakin akan memenangi kes tersebut, namun, sekiranya kes itu diteruskan perbicaraan di mahkamah, sudah pasti reputasi beliau sebagai ahli politik akan tercalar.

Oleh itu, apabila persetujuan telah dicapai oleh kedua-dua pihak, maka Ahmad Maslan memilih untuk membayar kompaun.

Membayar kompaun bermaksud Ahmad Maslan bersalah atau pendakwa yakin akan memenangi kes tersebut.

Sekiranya pihak pendakwa yakin akan memenangi kes, sudah pasti mereka tidak akan bersetuju dengan penyelesaian di luar mahkamah.

Asas perbicaraan mahkamah ialah bila ada pertuduhan oleh pihak pendakwa, maka, apabila pihak pendakwa bersetuju untuk menarik balik pertuduhan, maka, mahkamah akan melepaskan tertuduh.





Seperkara yang perlu kita lihat ialah keputusan mahkamah melepas dan membebaskan Ahmad Maslan.

Ini adalah hujah yang cukup kuat, menyatakan pihak pendakwaan tidak mempunyai kekuatan fakta untuk memenangi kes.

Sekiranya pendakwaan mempunyai peluang 50-50 ke atas kes, maka, pendakwaan akan meminta mahkamah hanya membebas tanpa melepaskan tertuduh.

Ini bermakna, pada bila-bila masa, sekiranya ada penemuan baharu dalam kes tersebut, maka ianya akan dibicarakan semula.

Jadi, nasihat Edisi Siasat kepada semua, tidak salag kalau kita hendak berpolitik tetapi apabila sesuatu fakta tidak menuruti kehendak kita, jangan pula kita menghina mahkamah.





Banyakkan membaca kerana membaca itu jambatan ilmu.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker