Itu bukan tugas Messi – Ferdinand

Bintang Paris Saint-Germain Lionel Messi berbaring di atas padang ketika pemain Manchester City mengambil sepakan percuma dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah di Stadium Par des Princes. – Foto AFP

Itu bukan tugas Messi – Ferdinand

PARIS: Rio Ferdinand dan Owen Hargreaves tidak percaya apabila melihat Lionel Messi berbaring di atas padang ketika pemain Manchester City mengambil sepakan percuma.

Messi akhirnya menjaringkan gol sulungnya untuk kelab baharunya Paris Saint-Germain dalam kemenangan 2-0 di Paris pada aksi Liga Juara-Juara Eropah menentang City.

Bagaimanapun situasi di akhir permainan ketika City mendapat sepakan percuma menarik perhatian Ferdinand dan Hargreaves di mana pemenang enam kali Ballon d’Or itu berbaring di belakang barisan pemain.

“Kami tidak mempercayainya. Dia salah seorang pemain terbaik sepanjang zaman, jika bukan yang paling hebat,” kata Hargreaves yang menjadi pengulas perlawanan.





Ferdinand turut berkata: “Saat ketika Mauricio Pochettino meminta dia melakukannya di padang latihan, seseorang perlu tampil dan berkata ‘tidak, tidak, ia tidak sepatutnya dilakukan Leo Messi’.

“Anda tidak boleh lakukan begitu. Ia tidak menghormatinya, saya pasti tidak akan melakukannya. Jika saya berada dalam pasukan saya akan kata ‘biar saya berbaring untuk anda’.

“Saya tidak sanggup melihat dia berbaring begitu. Saya tidak mampu melihatnya. Jersinya tidak patut kotor (dengan cara itu). Itu bukan tugas Messi.” – AGENSI

Itu bukan tugas Messi – Ferdinand


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami


https://edisisiasat.com/2021/09/29/penalti-suarez-kecewakan-milan/






Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker