Jawapan Kepada Tuduhan Merapu Chegu Bard Mengenai DS Najib Ambil Perabut Sri Perdana

Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard memang sangat dikenali dengan tuduhan merapu dengan fakta-fakta ‘buldoze’.

Edisi Siasat akui, adakalanya apa yang dikatakan oleh Chegu Bard, ada kebenarannya, tapi kebanyakan dari kata-kata Chegu Bard hanyalah taraf dengar boleh tapi percaya jangan.

Kami di Edisi Siasat juga faham, sebagai penulis yang dibayar, Chegu Bard akan setia mempertahankan tuan beliau hingga adakalanya beliau mengenepikan kredibiliti dan integriti sebagai penulis.





Terkini, dalam mempertahankan ‘tuan’ yang membayarnya, Chegu Bard dilihat masih lagi menggunakan strategi ‘zikir’ semuanya salah Najib.

Agak melucukan bila Chegu Bard mengeluarkan fakta, kos ubah suai Kompleks Seri Perdana yang menelan belanja RM38.5 juta yang diluluskan oleh Mahiaddin Md Yasin semasa menjadi Perdana Menteri adalah kerana PM 6, DS Najib, telah ambil hampir semua perabut dengan mendakwa perabut tersebut adalah milik beliau.

Menambah perisa kepada fitnah yang dilemparkan, Chegu Bard menambah, kos penggantian perabut sahaja sudah menelan berjuta ringgit dan kos membawa turun perabut sahaja memakan belanja RM20,000.

Edisi Siasat tidak pasti dari mana Chegu Bard dapat ilham merapu ini.

Untuk pengetahuan semua, sebaik sahaja Barisan Nasional tumbang dalam PRU 14, DS Najib hanya diberi masa beberapa jam sahaja untuk mengambil barangan peribadi beliau dan selepas itu beliau tidak dibenarkan datang ke Seri Perdana.





Adakah Chegu Bard hendak mengatakan, hampir kesemua perabut yang diambil oleh DS Najib dan nilainya berjuta ringgit itu hanya mengambil masa beberapa jam sahaja?

Dan adakah kesemua perabut itu tidak memerlukan lori yang besar untuk dipindahkan ke rumah DS Najib?

Mungkin kerana terlalu ghairah untuk menabur fitnah, Chegu Bard terlupa, Perdana Menteri selepas DS Najib ialah Dr Mahathir.

Dan Dr Mahathir adalah orang yang membuat ‘set-up’ pejabat Perdana Menteri di Sri Perdana.

Adakah Chegu Bard mahu mengatakan orang seperti Dr Mahathir tidak perasan atau terlepas pandang pada kehilangan perabut-perabut yang mahal itu?





Dan, kalaulah benar perabut-perabut mewah itu hilang, apakah selama 22 bulan Dr Mahathir tidak meminta untuk ianya digantikan semula?

Sangat menghairankan bila Chegu Bard mendakwa pejabat yang menempatkan Perdana Menteri ada mengalami kebocoran atap…😂😂😂

Cukup-cukuplah tu Chegu Bard, yang pasti Mahiaddin hanya berani membazirkan duit rakyat tetapi takut untuk bertanggungjawab, jadi tidaklah menghairankan bila Mahiaddin terlalu takut mahu membenarkan Parlimen bersidang.

Ingatan ikhlas Edisi Siasat untuk Chegu Bard, zaman menghasut dengan fakta ke laut sudah berlalu kerana rakyat sudah cukup bijak sekarang, jadi ‘move on’ lah yer bro…





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker