Jeneral kanan AS syor kekalkan 2,500 tentera di Afghanistan

Jeneral kanan AS syor kekalkan 2,500 tentera di Afghanistan
Biden April lalu mengarahkan pengunduran keseluruhan tentera AS dari Afghanistan menjelang 31 Ogos 2021. – Foto AFP

Jeneral kanan AS syor kekalkan 2,500 tentera di Afghanistan

WASHINGTON: Jeneral kanan Amerika Syarikat (AS) semalam berkata, mereka sudah menasihati Presiden Joe Biden untuk mengekalkan tentera di Afghanistan dan menzahirkan kebimbangan Taliban tidak memutuskan ikatan dengan Al-Qaeda.

Pengerusi Ketua Kakitangan Bersama dan Jeneral, Jeneral Mark Milley dan Komander Pusat AS, Jeneral Kenneth McKenzie, berkata mereka secara peribadi mengesyorkan kira-kira 2,500 tentera kekal di Afghanistan.

Biden April lalu mengarahkan pengunduran keseluruhan tentera AS dari Afghanistan menjelang 31 Ogos, susulan persetujuan yang dicapai dengan Taliban oleh bekas presiden, Donald Trump.

Milley, McKenzie dan Setiausaha Pertahanan, Lloyd Austin ditekan hampir enam jam oleh Jawatankuasa Perkhidmatan Ketenteraan Senat berhubung pengunduran AS dari Afghanistan serta kekecohan di lapangan terbang Kabul.






Disyorkan Untuk Anda :


Setiausaha akhbar Rumah Putih, Jen Psaki, berkata Biden menerima nasihat ‘berbeza’ mengenai apa yang perlu dilakukan di Afghanistan, selepas AS menguasai negara itu susulan serangan 11 September yang didalangi Al Qaeda.

“Pada akhirnya, ia terserah kepada ketua komandan untuk membuat keputusan. Beliau membuat keputusan adalah masanya untuk mengakhiri perang selama 20 tahun,” kata Psaki.

Milley yang menolak gesaan beberapa anggota parlimen parti Republikan yang meminta beliau berundur diri ditanya sama ada pengunduran dan pemindahan berlangsung tidak teratur ekoran 13 orang tentera maut dalam serangan bom mengakibatkan kredibiliti AS terjejas.

“Saya fikir kredibiliti kita dengan pakatan dan sekutu di seluruh dunia serta musuh sedang dilihat oleh semua pihak dan saya fikir perkataan ‘kerosakan’ mungkin ya,” katanya.

Tambah Milley lagi, Talinan ‘masih kekal sebagai organisasi keganasan dan mereka masih tidak memutuskan ikatan dengan Al-Qaeda’ yang menyaksikan plot serangan 9/11 dari Afghanistan.





“Ia masih perlu dilihat adakah Taliban dapat menyatukan kekuasaan atau tidak, atau jika negara itu akan mengalami perang saudara yang lebih lama.

“Namun kita masih perlu melindungi rakyat AS dari serangan pengganas yang hadir dari Afghanistan,” katanya.

Beliau berkata, serangan berinspirasikan Al Qaeda atau Daesh kekal ‘kemungkinan yang sangat nyata’ tetapi ‘masih terlalu awal untuk mengetahui kemampuan mereka’. – AFP

Jeneral kanan AS syor kekalkan 2,500 tentera di Afghanistan


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami


https://edisisiasat.com/2021/09/29/komuniti-lgbtq-afghanistan-menyorok-takut-dibunuh/





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker