Komuniti LGBTQ Afghanistan menyorok, takut dibunuh

Komuniti LGBTQ Afghanistan menyorok, takut dibunuh
Ahli komuniti LGBTQ+ Turki memegang bendera sebagai solidariti terhadap rakan mereka di Afghanistan. – Foto AFP

Komuniti LGBTQ Afghanistan menyorok, takut dibunuh

KABUL: Ketika Taliban menguasai seluruh Kabul, Marwa dan rakan, yang juga pengamal homoseksual Afghanistan mengambil keputusan untuk menjadi pasangan suami dan isteri.

Mereka menyegerakan perkahwinan tanpa sebarang majlis atau keluarga bersama mereka.

“Saya memberitahu kepada diri sendiri bahawa Taliban akan datang dan membunuh saya.

“Saya takut dan menangis sepanjang masa… jadi saya minta kawan saya untuk menyediakan dokumen pernikahan,” kata lelaki 24 tahun yang enggan dikenali menerusi temu bual di WhatsApp.





Ramai pengamal LGBTQ Afghanistan diburu oleh Taliban dengan kejam dari tahun 1996 ke 2001, dengan dibunuh secara rejam atau dihancurkan ke dinding sebagai hukuman.

Setakat ini, kumpulan militan itu masih belum mengeluarkan kenyataan berhubung isu itu sejak mereka menguasai Kabul pada 15 Ogos lalu, namun bekas hakim kanan, Gul Rahim berkata kepada akhbar Jerman, Blid bahawa penalti kematian terhadap pengamal homoseksual mungkin kembali.

Malah, Taliban hari ini membuat keputusan jelas bahawa mereka akan mengamalkan undang-undang Syariah, yang sudah tentunya mengenepikan hak komuniti LGBTQ.

Menurut persatuan bukan kerajaan dan testimoni yang dikumpul AFP, ramai golongan muda komuniti berkenaan menyorok dan menyembunyikan jejak kehidupan mereka di media sosial.

Menurut aktivis LGBTQ, seorang lelaki homoseksual juga dirogol dan dipukul oleh sekumpulan lelaki yang kononnya cuba mengasingkannya.





“Apabila Taliban datang buat pertama kali, kami tidak keluar rumah dua ke tiga minggu dan kini kami di luar dengan memakai pakaian berbeza dan cuba kelihatan normal.

“Sebelum ini kami memakai seluar dan jeans atau t-shirt dan sesetengah kelompok gay memakai mekap,” kata Abdullah, 21 tahun. – AFP

Komuniti LGBTQ Afghanistan menyorok, takut dibunuh


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati LamanĀ Facebook Kami


https://edisisiasat.com/2021/09/29/calon-gol-roket-tae-su-ke-puskas/

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker