Liverpool menang besar di Porto

Liverpool menang besar di Porto
PORTO: Liverpool memberi penghormatan kepada Roger Hunt dengan Mohamed Salah dan Roberto Firmino masing-masing meledak dua gol dalam kemenangan 5-1 ke atas Porto pada saingan Liga Juara-Juara Eropah.
Skuad kendalian Jurgen Klopp memakai lilitan hitam di lengan bagi memperingati bekas penyerang Liverpool, Hunt yang meninggal dunia pada usia 83 tahun.
Hunt adalah sebahagian daripada skuad juara Piala Dunia 1966 England dan penjaring terbanyak Liverpool pada 244 gol.
“Roger Hunt tiada tandingannya dalam sejarah Liverpool FC,” kata Klopp.
Liverpool menguasai aksi Kumpulan B di Porto dengan tindakan penyudah tajam yang turut dibantu tiga kesilapan penjaga gol tuan rumah Diogo Costa

Tiga hari selepas menjaringkan gol Liga Perdana Inggeris ke-100 dirinya dalam keputusan seri 3-3 di Brentford, penyerang Mesir Salah membuka jaringan di babak pertama.
Pemain sayap Senegal Sadio Mane meledak gol keempatnya musim ini dan Salah sekali lagi menemui sasaran selepas rehat.
Porto, yang seri dengan Atletico Madrid pada aksi pembukaan kumpulan, merapatkan jurang menerusi Mehdi Taremi.
Firmino menghukum kesilapan ketiga Costa untuk meledak gol keempat Liverpool dan melengkapkan kemenangan dengan gol keduanya di minit-minit terakhir permainan.
“Apa yang penting ialah keputusan. Ia kemenangan besar di Porto. Mereka bermula baik dan kami sekali lagi bergelut, tetapi berjaya diatasi.
“Kami mungkin tidak menjaringkan gol yang paling menarik di babak pertama, tetapi ia adalah gol-gol yang penting. Ia malam yang baik buat kami,” kata pengendali dari Jerman itu. – AFP

Pemain Porto, Ivan Marcano (kanan) bersaing dengan Mohamed Salah. – Foto EP


Liverpool menang besar di Porto
Disyorkan Untuk Anda :
- MAHKAMAH: PERKEMBANGAN KES ROGOL BEKAS EXCO PERAK
- RASUAH: 3 ANGGOTA POLIS MENGAKU TIDAK BERSALAH
- AKIBAT PKP, BUKAN MANUSIA SAHAJA YANG RAMAI MENGANDUNG, BINATANG DI ZOO PUN BANYAK BUNTING
- BERHATI-HATI MENGGUNAKAN GAJET, IA BOLEH MEMBUNUH
Lawati LamanĀ Facebook Kami
https://edisisiasat.com/2021/09/29/ds-najib-jelaskan-tujuan-pembayaran-kompaun-rm1-1-juta-ds-ahmad-maslan/