NAMA PUTERI SULUNG AYDA JEBAT & NABIL MAHIR : ANA NAYLA

NAMA PUTERI SULUNG AYDA JEBAT & NABIL MAHIR : ANA NAYLA

Pasangan selebriti Ayda Jebat dan Nabil Mahir akhirnya telah berkongsikan wajah anak perempuan sulung mereka yang diberi nama ‘Ana Nayla’, selepas genap seminggu dilahirkan iaitu pada 21 September lalu.

Menerusi entri tersebut yang dimuat naik di laman Instagram masing-masing, pasangan ini berkongsikan video pendek wajah anak mereka. Malah, pasangan itu turut membuka akaun Instagram untuk anak mereka, @ananaylaofficial.

“Ana Nayla binti Ahmad Nabil. @ananaylaofficial. Assalamualaikum uncles and aunties! Sepatutnya keluar harini tapi tak sabar nak jumpa uncle aunty hihi! Doakan Ana Nayla supaya sentiasa, selamat, disayangi & menjadi anak yang baik ya.. #AydaJebat #NabilMahir #AnaNayla #BabyWuvv #SyukurYaAllah,” tulis Ayda menerusi laman Instagram miliknya.





“Bismillahirohmanirrohim. Hi Uncles & Aunties! My name is Ana Nayla. ( @ananaylaofficial ) Daughter of Daddy Nabil & Mummy Ayda. Nice to meet you! Please berikan doa yang baik-baik for me, thank youu! #NabilMahir #AydaJebat #BabyWuvv #AnaNayla,” tulis suami Ayda pula.

Lebih mengejutkan baru sahaja memuat naik posting pertama sekitar lima jam lalu, akaun Instagram Ana Layla sudah meraih 40,500 pengikut. Rata-rata netizen memuji kecomelan anak pasangan itu serta teruja melihat warna mata Ana yang sangat cantik serta mendoakan menjadi anak yang solehah.

Untuk makluman, Ayda selamat malahirkan cahaya mata sulung pada 21 September lalu secara pembedahan di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur. Difahamkan, bayi berkenaan dilahirkan sekitar jam 7.07 malam dengan berat 2.77 kilogram.

Ayda mendirikan rumah tangga dengan Nabil pada 1 Januari lalu selepas mengikat pertunangan secara dalam talian pada 28 April tahun lalu ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).





NAMA PUTERI SULUNG AYDA JEBAT & NABIL MAHIR : ANA NAYLA


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati LamanĀ Facebook Kami


https://edisisiasat.com/2021/09/29/malaysia-ke-suku-akhir-piala-sudirman/

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker