Penalti Suarez kecewakan Milan

Penyerang Atletico Madrid Luis Suarez (kiri) menyempurnakan sepakan penalti dalam masa kecederaan untuk kemenangan ke atas AC Milan dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah di Stadium San Siro, Milan. – Foto AFP

Penalti Suarez kecewakan Milan

MILAN: Penalti minit-minit terakhir Luis Suarez melengkapkan kebangkitan Atletico Madrid untuk kemenangan 2-1 ke atas AC Milan, yang terpaksa bermain dengan 10 orang lebih sejam.

Juara Eropah tujuh kali, Milan hampir memenangi aksi Liga Juara-Juara pertama mereka sejak tahun 2013 apabila Rafael Leao membuka jaringan pada minit ke-19 dalam pertembungan Kumpulan B di San Siro, tetapi Antoine Griezmann menyamakan kedudukan enam minit sebelum tamat permainan dan Suarez menyempurnakan penalti dalam masa kecederaan.

Skuad kendalian Diego Simeone kini menghuni tangga kedua pada empat mata, dua di belakang Liverpool selepas permainan yang mula menyebelahi mereka apabila Franck Kessie dibuang padang pada minit ke-30.

“11 lawan 11, Milan lebih baik berbanding kami, mereka bermain dengan rentak teratur dan lebih dinamik. Mereka memberi tekanan lebih baik berbanding kami dan menghalang kami daripada bermain dengan cara yang kami rancang.





“Apabila kad merah dilayangkan, mereka mula bertahan dan ia membolehkan kami bangkit daripada permainan yang langsung tidak berpihak kepada kami,” kata Simeone.

Milan terus menghuni tangga tercorot tanpa sebarang mata selepas dua perlawanan.

“Kami kecewa kerana begitu hampir untuk mendapat keputusan penting, keputusan positif menentang pasukan yang sangat bagus.

“Kami bermain lebih baik ketika 11 lawan 11 dan ia memberi keyakinan terhadap kualiti serta cara kami bermain. Malangnya kami tewas walaupun pemain-pemain sudah memberikan usaha terbaik mereka,” kata pengendali Milan Stefano Pioli.

Ia adalah perlawanan Liga Juara-Juara pertama Milan di San Siro sejak saingan peringkat kumpulan pada musim 2013.- AFP





Penalti Suarez kecewakan Milan


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati LamanĀ Facebook Kami


https://edisisiasat.com/2021/09/29/liverpool-menang-besar-di-porto/

 

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker