Perancis mula bertindak terhadap Muslim radikal

Perancis mula bertindak terhadap Muslim radikal
PARIS: Menteri Dalam Negeri, Gerard Darmanin, berkata Perancis sedang dalam langkah menutup enam buah masjid serta mengambil tindakan terhadap beberapa persatuan yang disyaki terbabit dalam propaganda radikal Islam.
Katanya kepada akhbar Le Figaro, tiga dari 89 tempat ibadat itu juga ‘disyaki radikal’ dan sudah dikesan oleh perkhidmatan perisikan sejak November 2020 lagi.
Katanya, tindakan menutup enam tempat ibadat – di lima bahagian seluruh Perancis – sudah dilancarkan.
“Nawa (yang berpusat di bandar Ariege di selatan Perancis) menghasut kemusnahan masyarakat Yahudi dan menghalalkan rejam terhadap homoseksual,” kata Darmanin.
LDNA pula adalah penganjur tunjuk perasaan menentang polis di hadapan kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Paris, Jun tahun lalu, malah Darmanin berkata, ia ‘turut menyebarkan kebencian dan diskriminasi’.
“Tahun akan datang ini, 10 lagi persatuan akan dibubarkan, empat adalah pada bulan depan,” katanya.
Minggu lalu, Majlis Negara yang juga mahkamah pentadbiran tertinggi Perancis, meluluskan langkah kerajaan untuk membubarkan Collective against Islamophobia in France (CCIF) dan Baraka City.
Tindakan kerajaan berkenaan selepas pembunuhan seorang guru, Samuel Paty pada Oktober 2020.
Paty menjadi sasaran kempen secara atas talian selepas dia menunjukkan lakaran kartun kontroversi Nabi Muhammad yang pernah diterbitkan oleh majalah Charlie Hebdo.
Darmanin turut berkata, beliau juga sudah menggesa penguatkuasa di negeri untuk menolak sebarang permit kependudukan bagi imam dari negara lain. – AFP
Perancis mula bertindak terhadap Muslim radikal
Disyorkan Untuk Anda :
- MAHKAMAH: PERKEMBANGAN KES ROGOL BEKAS EXCO PERAK
- RASUAH: 3 ANGGOTA POLIS MENGAKU TIDAK BERSALAH
- AKIBAT PKP, BUKAN MANUSIA SAHAJA YANG RAMAI MENGANDUNG, BINATANG DI ZOO PUN BANYAK BUNTING
- BERHATI-HATI MENGGUNAKAN GAJET, IA BOLEH MEMBUNUH
Lawati Laman Facebook Kami
https://edisisiasat.com/2021/09/29/jeneral-kanan-as-syor-kekalkan-2500-tentera-di-afghanistan/