Polis tahan lelaki timbulkan kekecohan

Polis tahan lelaki timbulkan kekecohan
KUALA LUMPUR: Polis menahan empat lelaki dalam kekecohan di depan sebuah tokong di Bandar Salak Selatan, Jalan Sungai Besi di sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.45 pagi itu, sekumpulan kira-kira 30 individu dikatakan membantah tindakan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Kuala Lumpur mahu mewujudkan laluan ke kawasan pembinaan sebuah sekolah berhampiran tokong terbabit.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar, berkata satu operasi dijalankan PTG Kuala Lumpur untuk membina pagar penghadang, bagi membina jalan untuk dijadikan laluan ke sekolah dan bukan meroboh binaan.
Katanya, dalam operasi itu, pasukan dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras hadir bagi memastikan keselamatan dan kelancaran operasi.
Disyorkan Untuk Anda :
- WANITA KENA TIPU CUKAI RM53,000
- 5 DITAHAN SIMBAH CAT MERAH, MENGUGUT
- VIE SHANTIE KHAN ‘TERBANG’ KE ARAB SAUDI, TUNAI UMRAH BUAT ARWAH SITI SARAH
“Kumpulan ini bertindak menghalang dan memecahkan mesin jentolak, selain menyerang anggota polis yang bertugas di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
“Satu rakaman video berkaitan isu ini juga dimuat naik di laman Facebook bagi tujuan meraih simpati dan dieksploitasi.
“Polis menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi, andaian atau pendapat yang boleh menimbulkan kekeliruan, kegusaran dan menggugat ketenteraman awam,” katanya.
Muhammad Idzam berkata, tiada sebarang tindakan untuk merobohkan apa-apa binaan tokong dalam kejadian itu.
Katanya, kumpulan itu tidak berpuas hati dengan tindakan kerajaan untuk membina jalan dengan mengambil semula tanah kerajaan yang berada dalam lingkungan kawasan tokong berkenaan.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan, Asisten Superintendan Mohamad Sukri Ishak di talian 013-2165881 atau mana-mana balai polis yang berdekatan bagi membantu siasatan.
Polis tahan lelaki timbulkan kekecohan
Disyorkan Untuk Anda :
- MAHKAMAH: PERKEMBANGAN KES ROGOL BEKAS EXCO PERAK
- RASUAH: 3 ANGGOTA POLIS MENGAKU TIDAK BERSALAH
- AKIBAT PKP, BUKAN MANUSIA SAHAJA YANG RAMAI MENGANDUNG, BINATANG DI ZOO PUN BANYAK BUNTING
- BERHATI-HATI MENGGUNAKAN GAJET, IA BOLEH MEMBUNUH
Lawati Laman Facebook Kami
https://edisisiasat.com/2021/09/29/kutipan-rm1-juta-kampung-latah-kena-kuarantin-terus-hangat/