3 Kerajaan 3 PM, Tetap Gagal Membela Kematian Allahyarham Adib!!!

Kurang 3 bulan dari sekarang, atau lebih tepat lagi pada 17 Disember yang akan datang, maka genap 3 tahun Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, seorang anggota Pasukan Bomba & Penyelamat pergi buat selama-lamanya.

Allahyarham Adib meninggal dunia selepas hampir sebulan bertarung nyawa di hospital akibat dipukul oleh 4 orang perusuh yabg merusuh di Kuil Sri Mariamman, Subang Jaya, Selangor.

4 Manusia Istimewa

Masih ingat lagi wajah ‘4 manusia istimewa di atas?

Kalau tidak ingat, baca kronologi kes pembunuhan Allahyarham Adib.





Baca di sini:

https://www.google.com/amp/s/www.bharian.com.my/amp/berita/nasional/2018/12/510544/kronologi-kes-kematian-muhammad-adib

Edisi Siasat menggelarkan mereka sebagai ‘4 manusia istimewa’ kerana belum ada tercatat dalam sejarah perundangan Malaysia, manusia yang membunuh dan telah disahkan oleh pihak polis serta Mahkamah Koroner boleh terlepas begitu sahaja.

Baca di sini:

1) https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/12/510356/polis-klasifikasikan-kematian-adib-sebagai-kes-bunuh





2) https://m.malaysiakini.com/news/493481

Malah, kehebatan ‘4 manusia istimewa’ itu juga telah melangkaui kuasa politik di Malaysia.

Sejak dari tarikh kematian Allahyarham Adib pada 17 Disembet 2018 hingga ke hari ini, Kerajaan Malaysia sudah bertukar sebanyak 3 kali dan Perdana Menteri juga sudah bertukar sebanyak 3 kali, namun, keadilan untuk Allahyarham Adib masih lagi ditinggalkan sepi.

Kementerian yang bertanggungjawab penuh untuk mengendalikan kes pembunuhan Allahyarham Adib ialah Kementerian Dalam Negeri.





Menteri Dalam Negeri yang bertanggungjawab mengendalikan kes pembunuhan itu pada tahun 2018 ialah Mahiaddin Md Yasin.

Dan pada tahun 2019, sewaktu Mahiaddin masih lagi menjadi Menteri Dalam Negeri, ‘4 manusia istimewa’ itu dilaporkan telah hilang tanpa dikesan.

Baca di sini:

https://m.malaysiakini.com/news/493995

Apabila Kerajaan Pakatan Harapan tumbang, Mahiaddin menjadi Perdana Menteri dalam Kerajaan Perikatan Nasional, dan sekiranya beliau mahu, pasti beliau akan mengarahkan Hamzah Zainuddin yang menjadi Menteri Dalam Negeri (Perikatan Nasional), untuk mencari dan membicarakan ‘4 manusia istimewa’ itu.





Tetapi ianya tidak berlaku, keadilan untuk Allahyarham Adib masih lagi dibiarkan sepi.

Keadilan untuk Allahyarham Adib bukannya keutamaan bagi Mahiaddin tetapi mengubahsuai Seri Perdana yang menelan belanja RM30 juta, lebih menarik minat Mahiaddin sebagai Perdana Menteri ketika itu.

‘Prihatin sungguh Abah yang sering membaca doa!!!’.

Selepas Perikatan Nasional tumbang, muncul pula Kerajaan Keluarga Malaysia di bawah DS Ismail Sabri.





Menteri Dalam Negeri tetap dikekalkan, Hamzah Zainuddin dari PPBM.

Sangat mengejutkan bila Hamzah membuat kenyataan di Parlimen bahawa kes pembunuhan Allahyarham Adib sudah dianggap selesai bila perbicaraan 18 orang yang merusuh di Kuil Sri Mariamman tamat pada 23 September 2021.

Baca di sini:

https://www.utusan.com.my/terkini/2021/09/parlimen-perbicaraan-kes-adib-berakhir-esok/

Kita lihat, apa pertuduhan yang dikenakan terhadap 18 orang itu.

2 dari mereka dituduh dan disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 186 dan Seksyen 147 Kanun Keseksaan dan pertuduhannya ialah secara berkumpulanntelah dengan sengaja menghalang atau mengganggu penjawat awam dari menjalankan tugas.

Siapa penjawat awam yang diganggu atau dihalang?

Pegawai Kanan Polis Inspektor Mohd Nazmi Zulkafli, Sarjan Mohamad Faiz Abdul Rahim dan Koperal Ahmad Zamran Mat, tiada nama Allahyarham Adib!!!

Baca di sini:

https://www.google.com/amp/s/www.bharian.com.my/amp/berita/kes/2019/01/519814/kes-kuil-dua-lagi-individu-didakwa

Apa hukuman yang dikenakan?

Denda RM7,000 sahaja!!!

Manakala 16 orang lagi dikenakan pertuduhan di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan iaitu merusuh di tempat awam.

Baca di sini:

https://www.utusan.com.my/terkini/2021/09/parlimen-perbicaraan-kes-adib-berakhir-esok/

Bagaimana Hamzah boleh katakan kes itu sudah selesai sedangkan tidak ada langsung pertuduhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang berkaitan dengan kematian Allahyarham Adib?

Bilakah keadilan untuk Allahyarham Muhammad Adib dapat direalisasikan?

Sudah 3 kerajaan dan 3 Perdana Menteri, namun pengorbanan dan nyawa Allahyarham Adib seolah-olah tiada nilainya.

Yang masih konsisten dan lantang bersuara dan memperjuangkan keadilan untuk Allahyarham Adib, hanyalah UMNO.

Baca di sini:

https://www.editormalaysia.com/24363/

Sangat menyedihkan apabila selepas 3 kerajaan dan 3 Perdana Menteri bertukar, namun pengorbanan dan nyawa Allahyarham Adib seolah-olah tiada nilainya.

Sudah berkuburkah keadilan dan Kedaulatan Undang Undang di negara kita???

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker