“Bukan Sekadar Ucap Syahadah Lepas Tu Hilang” – Aisar Khaled Ditegur PU Amin

"Bukan Sekadar Ucap Syahadah Lepas Tu Hilang" - Aisar Khaled Ditegur PU Amin

“Bukan Sekadar Ucap Syahadah Lepas Tu Hilang” – Aisar Khaled Ditegur PU Amin

Selepas membuat ramai panas hati dengan tindakannya mengislamkan seorang lelaki, giliran Pencetus Ummah (PU) Amin pula tampil menegur personaliti media sosial Aisar Khaled.

PU Amin bagaimanapun tidak menafikan kebaikan yang dilakukan Aisar dan kerja dakwah sedemikian memang perlu disokong.

“Dalam dakwah tidak ada timbul isu persaingan atau sebagainya. Cuma cara yang sebegitu tidak boleh dijadikan sebagai perkara yang normal.





“Untuk kita mengislamkan seseorang sama ada di jalanan, satu kampung, satu daerah atau kawan sendiri, kita perlu bawa ke tempat yang sepatutnya. Inilah yang kami pendakwah-pendakwah bincangkan,” katanya ketika dihubungi mStar.

 

Namun, tegasnya bukan semudah itu mengislamkan seseorang. Pandangan dan nasihat daripada pihak berwajib sangat penting dalam memastikan saudara baru itu tidak terabai dan dapat dibimbing sebaiknya.





“Saya ada lihat posting Aisar, dia kata akan bawa lelaki itu untuk dibimbing… mungkin dia akan salur atau perkenalkan kepada pihak penguasa agama.

“Jadi tak kisahlah kalau ada influencer atau YouTuber lain nak buat pun tak ada masalah, cuma mereka perlu dapatkan pandangan dan bimbingan terlebih dahulu.

 

“Kita tidak mahu seseorang memeluk Islam sekadar mengucap syahadah dan selepas itu hilang begitu sahaja…mereka ini perlu dibimbing sebab kalau sudah memeluk Islam dan dia buat perkara yang tak sepatutnya, dia berdosa.





“Apabila masuk Islam ini tertakluk kepada pahala dan dosa, ini satu tanggungjawab yang sangat besar,” jelasnya.

Semoga Aisar mengotakan kata-katanya bahawa dia akan membawa lelaki itu untuk dibimbing.

“Bukan Sekadar Ucap Syahadah Lepas Tu Hilang” – Aisar Khaled Ditegur PU Amin


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami


https://edisisiasat.com/2021/09/30/king-coco-tak-perlu-guna-guna-susuk-kali-ni-dah-tak-nak-suami-orang/





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker