Cerita Sebenar Di Sebalik Fitnah MIEYSHAFA Terhadap Elewsmart

Belum selesai siasatan tuduhan gangguan seksual yang dikaitkan dengan pendakwah tersohor, Ustaz Ebit Lew, kini muncul satu lagi tuduhan yang dibuat oleh seorang yang mengaku sebagai bekas pekerja Elewsmart, salah satu syarikat yang menggunakan nama Ustaz Ebit Lew.

Setelah meneliti beberapa kali artikel yang disiarkan oleh portal MH Daily, Edisi Siasat dapat simpulkan tujuan Mieyshafa membuat pendedahan itu adalah atas rasa tidak puas hati beliau terhadap pengurusan Elewsmart.

Baca di sini:

https://www.mhdaily.net/panas-setelah-tular-isu-gangguan-seksual-kini-bekas-pekerja-elewsmart-pula-buka-cerita/





Perkara utama yang cuba Mieyshafa tekankan ialah kononnya terdapat penindasan yang telah dilakukan oleh pengurusan Elewsmary terhadap beliau dalam bentuk gaji yang kecil dan pemotongan gaji yang tidak munasabah.

Kalau ikut semakan silang yang Edisi Siasat lakukan, gaji RM2,300 yang diterima oleh Mieyshafa sebenarnya adalah berpatutan.





Menurut iklan bagi jawatan Pengurus Kedai 7 Eleven, gaji yang ditawarkan adalah RM1,800 sebulan.

Mengenai potongan uniform sebanyak R1,700 yang didakwa oleh Miesyafa, perkara ini sangat meragukan.

Malah, kebanyakan netizen yang melihat ‘slip gaji’ yang dimuatnaik Miesyafa, mempersoalkan keaslian ‘slip gaji’ tersebut.





Miesyafa mendakwa, penindasan yang sama tidak hanya dilakukan kepada beliau seorang dan sebagai membuktikan ‘kebenaran’ dakwaan, beliau telah memuatnaik satu lagi ‘slip gaji’ yang didakwanya milik seorang lagi bekas pekerja Elewsmart.

Tetapi butiran ‘slipgaji’ itu terlalu kabur dan tidak boleh dibaca.





Maklumat infografik seterusnya yang Miesyafa muatnaik, bagi Edisi Siasat hanyalah sekadar tuduhan untuk melepaskan kemarahan dan dendam beliau terhadap pengurusan Elewsmart.

Perkara yang paling pokok di sini ialah sekiranya benar berlaku penindasan, mengapa beliau tidak mahu membuat laporan ke Jabatan Buruh?

Adakah kerana beliau takut kebenaran akan terbongkar selepas siasatan terperinci dilakukan oleh Jabatan Buruh?

Dari maklumat dalaman yang terdiri dari pekerja Elewsmart memberitahu, sedikit masa dahulu ada seorang pekerja yang cuba mengkhianati Ustaz Ebit Lew.





Bekas pekerja tersebut merupakan orang kepercayaan Ustaz Ebit Lew yang sudah banyak dibantu oleh Ustaz Ebit Lew.

Memandangkan keadaan beliau yang serba kekurangan ketika itu, Ustaz Ebit Lew telah menyediakan beliau rumah, memberikan kereta untuk memudahkan pergerakan beliau.

Tetapi segala jasa baik Ustaz Ebit Lew telah beliau khianati dengan menghasut pekerja lain supaya meninggalkan Elewsmart dan bekerja dengan beliau kerana beliau bercadang untuk membuka pasaraya sendiri.

Akhirnya apabila tembelang beliau sudah pecah, Ustaz Ebit Lew mengambil keputusan untuk memecat beliau.

Memandangkan akaun yang menggunakan nama Miesyafa adalah akaun palsu, Edisi Siasat tertanya-tanya, mungkinkah Miesyafa adalah bekas pekerja tersebut.

Kerana Edisi Siasat difahamkan, bukan seorang pekerja yang sudah berhenti dari Elewsmart tetapi hubungan mereka dengan pengurusan Elewsmart tetap baik, cuma Miesyafa sahaja yang melemparkan berbagai tuduhan tidak berasas, jadi persoalannya, mengapa?

Dan seperti yang Miesyafa sendiri nyatakan, Elewsmary diurus oleh adik Ustaz Ebit Lew, Azmy Lew, jadi kenapa dikaitkan dengan Ustaz Ebit Lew?

Apa agenda Miesyafa sebenarnya?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker