Dakwaan 2 pelajar mati selepas divaksin, polis terima dua laporan

Dakwaan 2 pelajar mati selepas divaksin, polis terima dua laporan
Ketua Polis Perak, Datuk Mior Fatidalathrash Wahid

Dakwaan 2 pelajar mati selepas divaksin, polis terima dua laporan

IPOH: Polis Perak hari ini mengesahkan menerima dua laporan polis masing-masing dibuat Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tasek Damai dan Pegawai Pendidikan Kesihatan Daerah, berhubung berita palsu kononnya dua pelajar sekolah itu meninggal dunia selepas menerima suntikan COVID-19.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Fatidalathrash Wahid, berkata laporan dibuat mereka terbabit berhubung ketidakpuasan hati terhadap dakwaan kematian dua pelajar berkenaan.

Beliau berkata, susulan itu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mengaibkan dengan niat membangkitkan pecah keamanan, selain Seksyen 505(b) kanun sama kerana menyebabkan ketakutan atau kegentaran awam.

“Siasatan awal mendapati kematian kedua-dua pelajar sekolah itu disahkan sebelum Program Imunisasi COVID Kebangsaan (PICK) bagi golongan remaja dilaksanakan di Perak iaitu bermula 20 September lalu.

“Mangsa pertama iaitu pelajar perempuan Tingkatan Lima yang masih belum menerima suntikan vaksin COVID-19 meninggal dunia pada 18 Ogos lalu di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh akibat masalah kesihatan iaitu diabetes, selain didapati positif COVID-19.





“Mangsa kedua pula ialah pelajar lelaki Tingkatan Lima yang meninggal dunia pada 17 September lalu di HRPB kerana masalah jantung berlubang dan pelajar ini juga masih belum menerima imunisasi vaksin COVID-19,” katanya dalam kenyataan, malam ini.

Dalam ucapannya, wanita itu mendakwa berlaku dua kes kematian pelajar SMK Tasek Damai disebabkan vaksin, selain dua lagi pelajar di lokasi berlainan termasuk di Lahad Datu, Sabah, serta dua lagi remaja di Ipoh yang kononnya mengalami alahan serius selepas divaksin.

Dakwaan 2 pelajar mati selepas divaksin, polis terima dua laporan


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami


https://edisisiasat.com/2021/09/26/mahiaddin-nak-langgar-umno-pkr-nak-langgar-peja-mampukah-ppbm-bertahan/





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker