G20 bincang isu kemanusiaan di Afghanistan

G20 bincang isu kemanusiaan di Afghanistan
Negara kaya perlu melakukan sesuatu bagi mengelak bencana kemanusiaan di Afghanistan – Mario Draghi. FOTO AFP

G20 bincang isu kemanusiaan di Afghanistan

ROME: Negara anggota kumpulan 20 (G20) akan mengadakan sidang kemuncak luar biasa bulan depan dalam usaha untuk mengelakkan bencana kemanusiaan di Afghanistan, kata Perdana Menteri Itali, Mario Draghi.

“Sidang kemuncak luar biasa G20 mengenai Afghanistan akan diadakan pada 12 Oktober ini. Kami mahu melihat apakah mungkin 20 negara terkaya di dunia ini mempunyai objektif bersama,” katanya, semalam.

Rome, yang memegang jawatan Presiden Forum G20 ketika ini, berusaha untuk memperluas perbincangan global mengenai krisis di Afghanistan ke negara lain termasuk Russia dan China.

“Saya mendengar tanpa henti bencana kemanusiaan akan berlaku kerana Afghanistan tidak mendapat sokongan dari seluruh dunia.





“Saya rasa adalah tugas negara terkaya di dunia untuk melakukan sesuatu bagi mengelakkan bencana kemanusiaan,” katanya.

Beliau berkata, sidang kemuncak itu juga akan langkah baharu boleh diambil masyarakat antarabangsa untuk memastikan Afghanistan tidak lagi menjadi pusat pengganas antarabangsa.

Katanya, sidang kemuncak itu turut dibuka kepada peserta lain termasuk Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Belanda, Sepanyol dan Qatar.

Sidang kemuncak mengenai Afghanistan itu dijangka diadakan melalui pautan video manakala ketua negara atau kerajaan G20 dijadualkan menghadiri sidang kemuncak utama di Rom pada 30 dan 31 Oktober ini. – AFP

G20 bincang isu kemanusiaan di Afghanistan


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami






https://edisisiasat.com/2021/09/30/james-bond-wanita-buat-daniel-craig-bengang/

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker