Gelembung Langkawi Mula Berikan Amaran, Budak 3 Tahun Di Jangkiti Covid-19

Gelembung Langkawi mula memberikan amaran.

Jabatan Kesihatan Kedah telah mengesan seorang kanak-kanak berusia 3 tahun dari Nilai, Negeri Sembilan telah dijangkiti Covid19.

Pengarah Jabatan Kesihatan Kedah, Dr Othman Warijo berkata, siasatan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Langkawi mendapati kanak-kanak itu bersama ibu dan ayahnya tiba di Langkawi pada jam 7.30 malam, Jumaat lalu, melalui penerbangan dari KLIA 2.

“Ibu dan ayah kanak-kanak berkenaan sudah menerima pelalian lengkap dan bukan kes kontak rapat kepada kes positif COVID-19, manakala kanak-kanak itu juga tidak bergejala”.





“Saringan RTK-Antigen menggunakan air liur ke atas ibu dan ayah kanak-kanak itu yang dilakukan di KLIA 2 disahkan negatif”.

“Kanak-kanak ini juga tidak mengalami gejala sebelum perjalanan dan ketika saringan di klia2, sebelum berlepas ke Langkawi”.

“Mereka turut memakai pelitup muka sepanjang berada di KLIA 2, di dalam penerbangan dan ketika berada di Langkawi,” jelas Dr Othman lagi.

Kanak-kanak berkenaan mula mengalami demam pada Sabtu lalu, dan dibawa mendapatkan rawatan pada Ahad, sebelum disahkan positif COVID-19.

Hasil siasatan mendapati selain ibu dan ayah kanak-kanak itu, terdapat tiga orang saudara yang juga penduduk tempatan Langkawi menjadi kontak rapatnya.





Semua lima kontak rapat sudah menjalani ujian saringan dan diberi arahan kuarantin selama 10 hari.

Beliau menambah, sehingga hari ini, hanya satu kes positif dilaporkan membabitkan pelancong ke Langkawi dan tiada penularan dalam kalangan ahli keluarga atau penduduk tempatan berlaku.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker