James Bond ‘wanita’ buat Daniel Craig bengang?

James Bond ‘wanita’ buat Daniel Craig bengang?

Amerika Syarikat: Selepas tersebar khabar angin yang mengatakan pelakon, Lashana Lynch akan memegang watak sebagai penyiasat Bond wanita pertama, bintang filem James Bond, Daniel Craig meluahkan rasa tidak setujunya.

Menurutnya, wanita sepatutnya diberikan peluang lebih baik untuk memegang watak yang dicipta khas untuk dijadikan ikon.

“Jawapan saya ringkas. Ada watak lain yang lebih baik untuk wanita dan pelakon bukan kulit putih.





“Kenapa wanita perlu memegang watak James Bond sedangkan boleh dicipta satu watak yang sama hebat dengan James Bond, tetapi untuk wanita?” katanya.

Lynch yang juga bintang filem Captain Marvel bagaimanapun menafikan spekulasi dan khabar angin itu.

“Saya rasa, mereka hanya mencari orang yang sesuai dengan Bond, orang yang dapat bersuara dan kuat untuk mengendalikan diri sendiri dan tak menghiraukan orang lain,” katanya.

“James Bond boleh dilakonkan oleh mana-mana pelakon tak kiralah berkulit putih atau tidak, tetapi dia adalah lelaki.

“Saya percaya, ia akan lebih menyeronokkan sekiranya kami mencipta satu karakter wanita yang kuat. Saya kurang berminat sekiranya pelakon wanita melakonkan watak lelaki sebab saya rasa, wanita ada satu daya tarik yang lebih baik,” katanya.

James Bond ‘wanita’ buat Daniel Craig bengang?


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami






https://edisisiasat.com/2021/09/30/bukan-sekadar-ucap-syahadah-lepas-tu-hilang-aisar-khaled-ditegur-pu-amin/

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker