Kes saman Mohamed Apandi terhadap Tun M, kerajaan akan dibicarakan

Kes saman Mohamed Apandi terhadap Tun M, kerajaan akan dibicarakan

Kes saman Mohamed Apandi terhadap Tun M, kerajaan akan dibicarakan

KUALA LUMPUR: Kes saman Tan Sri Mohamed Apandi Ali terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan kerajaan akan diteruskan dengan perbicaraan selepas pihak terbabit gagal menyelesaikannya secara baik melalui proses mediasi.

Peguam Datuk Abdul Shukor Ahmad yang mewakili Mohamed Apandi, berkata Jabatan Peguam Negara (AGC) memaklumkan kerajaan tidak bersetuju untuk menyelesaikan kes itu secara proses mediasi.

“Ketika pengurusan kes secara dalam talian hari ini, Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Seri Latifah Mohd Tahar menetapkan perbicaraan kes itu pada 18, 20, 21 dan 22 April 2022 serta pengurusan kes selanjutnya pada 5 November ini.





“Pihak plaintif bercadang mengemukakan lima saksi termasuk Mohamed Apandi,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, Peguam Kanan Persekutuan, Shamsul Bolhassan yang mewakili AGC ketika dihubungi mengesahkan mengenai mediasi itu.

Pada 6 Julai lalu, Abdul Shukor memaklumkan Mohamed Apandi bersedia menyelesaikan kes samannya itu secara baik menerusi proses mediasi dan sudah menyerahkan borang mediasi kepada AGC menerusi e-mel pada 21 Mei.

Dalam pernyataan tuntutan, Mohamed Apandi yang juga Hakim Mahkamah Persekutuan sebelum dilantik Peguam Negara pada 2015, juga menuntut perisytiharan bahawa defendan pertama (Dr Mahathir) menyalahgunakan kedudukannya dan mendorong berlakunya pelanggaran kontrak antara beliau dan Kerajaan Malaysia.

Mohamed Apandi memohon ganti rugi khas RM2,233,599.36, ganti rugi am dan teladan, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.





Dalam pernyataan pembelaan difailkan pada 12 November 2020, kedua-dua defendan itu menegaskan tindakan menamatkan kontrak perkhidmatan Mohamed Apandi sebagai Peguam Negara adalah sah dan mengikut peruntukan undang-undang serta tiada penyalahgunaan kuasa oleh Dr Mahathir dalam hal itu. – BERNAMA

Kes saman Mohamed Apandi terhadap Tun M, kerajaan akan dibicarakan


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami


https://edisisiasat.com/2021/09/30/peraih-ikan-dikenakan-bon-berkelakuan-baik-denda-rm8000/

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker