Lokman Adam Di Terima Balik Menyertai UMNO
Usai Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO, ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, DS Tajuddin Rahman, memaklumkan antara keputusan yang telah ditetapkan ialah untuk menerima kembali Dato’ Lokman Adam untuk menyertai UMNO.
Lokman yang juga merupakan bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, sebelum ini telah dipecat dari keahliannya kerana dikatakan telah mengkritik dan membocorkan maklumat mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO kepada umum.
Namun begitu, selepas pemecatan Lokman dari UMNO, beliau dilihat terus konsisten menyokong UMNO dari luar secara terbuka.
Lokman merupakan antara pelapis pemimpin muda UMNO yang dilihat berpotensi untuk diangkat sebagai salah seorang kepimpinan utama UMNO di masa hadapan.
Dalam perkembangan yang sama, Tajudin juga memaklumkan, antara keputusan mesyuarat malam tadi, UMNO bersetuju untuk memantapkan kesiapsiagaan parti bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke 15. – Edisi Siasat