Pemimpin Rohingya terkemuka maut ditembak

Pemimpin Rohingya terkemuka maut ditembak
Mohib Ullah maut ditembak di luar pejabatnya di Kutupalong. FOTO AFP

Pemimpin Rohingya terkemuka maut ditembak

COX’S BAZAR: Seorang pemimpin komuniti Rohingya, Mohib Ullah maut selepas ditembak penyerang tidak dikenali di sebuah kem pelarian di sini, semalam.

Jurucakap polis Cox’s Bazar, Rafiqul Islam berkata, Mohib ditembak mati oleh empat penyerang ketika bercakap dengan pemimpin pelarian lain di luar pejabatnya selepas selesai solat Maghrib sekitar jam 8 malam.

“Empat hingga lima penyerang tidak dikenali menembaknya dari jarak dekat. Dia disahkan meninggal dunia di hospital di kem,” katanya.

Beliau berkata, polis dan pihak berkuasa bersenjata lain, yang ditugaskan memastikan keamanan di 34 kem pelarian Rohingya di negara itu, meningkatkan kawalan dengan mengerahkan ratusan lagi pegawai bersenjata.





Katanya, setakat ini belum ada yang ditahan susulan serangan nekad itu.

“Kami melakukan serbuan di kawasan itu,” katanya sambil menambah Mohib tidak pernah memberitahu polis mengenai sebarang ancaman diterimanya.

Sementara itu, jurucakap Persatuan Keamanan dan Hak Asasi Manusia Arakan Rohingya (ARPSH), Mohammad Nowkhim, berkata serangan berlaku ketika Mohib sedang berbual dengan pemimpin Rohingya lain di luar pejabat ARPSH di Kutupalong, penempatan pelarian terbesar di dunia.

“Penyerang melepaskan tiga das tembakan. Dia mengalami pendarahan dan meninggal dunia ketika dibawa berdekatan hospital,” kata Mohammad sambil memaklumkan ramai pemimpin Rohingya lain bersembunyi selepas pembunuhan Mohib.

Tidak ada pihak yang mengaku bertanggungjawab setakat ini, namun seorang pemimpin Rohingya memberitahu Mohib dibunuh kumpulan pelampau Arakan Rohingya Salvation Army (ARSA), yang berada di belakang beberapa serangan ke atas pos keselamatan Myanmar sejak beberapa tahun lalu.





“Ini kerja ARSA,” katanya Ullah, 48, pemimpin awam utama etnik minoriti yang kini berlindung di kem di Bangladesh, selepas tentera Myanmar mengusir dari kampung mereka di wilayah Rakhine pada Ogos 2017. -AFP

Pemimpin Rohingya terkemuka maut ditembak


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami


https://edisisiasat.com/2021/09/30/g20-bincang-isu-kemanusiaan-di-afghanistan/

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker