Selepas Kecoh Pasal Data JPN, Kini Kecoh Pula Data Angkatan Tentera Di Jual!!!

Beberapa hari lalu, di dalam segmen English, Edisi Siasat ada siarkan mengenai laporan siasatan polis mengenai isu kebocoran data di Jabatan Pendaftaran Negara.

Baca di sini:

https://edisisiasat.com/2021/09/29/nrd-data-leak-everyone-is-a-suspect-pdrm/





Belum selesai siasatan polis, kini kecoh pula dakwaan yang data Angkatan Tentera Malaysia telah dibida untuk dijual.

Baca di sini:

https://twitter.com/xanda/status/1442462789721735175?s=19

Untuk rekod, pada 29 Disember 2020, Panglima Angkatan Tentera Malaysia ada membuat kenyataan pengkalan data ATM telah cuba digodam.

Baca di sini:





https://www.google.com/amp/s/www.bharian.com.my/amp/berita/nasional/2020/12/769920/atm-sahkan-berlaku-serangan-siber-terhadap-rangkaian-data

Penjual untuk forum tersebut mendakwa ia mengandungi empat juta data peribadi rakyat Malaysia yang diperoleh daripada portal rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menggunakan Antara Muka Pengaturcaraan Aplikasi (API) yang dibuat untuk myIDENTITY.

Pangkalan data JPN itu disertakan dengan tanda harga 0.2 BTC bersamaan dengan harga sekitar RM35,495.

Pengguna Twitter yang dikenali sebagai Adnan Mohd Shukor berkata, pangkalan data tersebut mengandungi maklumat penting seperti nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat surat-menyurat dan alamat tetap, nombor telefon bimbit serta alamat e-mel.

Katanya, ia turut mengandungi gambar di dalam pangkalan data yang dikelompokkan mengikut tahun kelahiran bermula 1979 hingga 1998.





Pada Jun 2012, my IDENTITY mula dilaksanakan di 10 agensi kerajaan melibatkan JPN, LHDN, Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Tenaga Kerja (JTK), Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

MyIDENTITY merupakan sebuah platform perkongsian data nasional untuk sektor awam membolehkan agensi kerajaan mendapatkan maklumat peribadi seseorang dari repositori berpusat.

Namun satu kenyataan penafian mengenai kebocoran maklumat sudah dibuat oleh Panglima Angkatan Tentera Malaysia.

Baca di sini:

https://www.sinarharian.com.my/article/164227/BERITA/Nasional/Tiada-kebocoran-ketirisan-data-di-pihak-ATM-Affendi





Walau bagaimanapun, pada pandangan Edisi Siasat, perkara ini perlulah disiasat oleh pihak berkuasa untuk memastikan keselamatan data di pengkalan data JPN.

 

Sumber: negaramerdeka.com

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker