Skuad angkat berat negara dibubarkan

Skuad angkat berat negara dibubarkan
PABM mengesahkan pemenang emas Sukan Komanwel 2018, Muhamamad Azroy Hazal Wafie Izhar Ahmad antara dua atlet yang didapati positif doping, baru-baru ini.

Skuad angkat berat negara dibubarkan

KUALA LUMPUR: Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM) dan Majlis Sukan Negara (MSN) bersetuju membubarkan skuad angkat berat kebangsaan sedia ada, susulan kes doping membabitkan dua atlet negara baru-baru ini.

Presiden PABM Datuk Ayub Rahmat berkata persetujuan itu dicapai melalui Mesyuarat Jawatankuasa Kerja (JKK) MSN pada 20 September lepas, sekali gus menyaksikan kesemua empat jurulatih dan 13 atlet terlibat akan diberikan notis penamatan kontrak berkuat kuasa pada 1 November depan.

Beliau berkata keputusan itu bagi membolehkan pencarian atlet berpotensi untuk diserapkan ke dalam skuad baharu, dalam usaha PABM memperbaiki imej persatuan dan sukan tersebut di negara ini.

“Skuad kebangsaan yang bakal dibentuk pada masa akan datang akan memfokuskan kepada kelayakan dan pemburuan tempat ke Sukan Komanwel 2022, dan seterusnya menghadiahkan pingat buat negara.





“Satu kejohanan pemilihan atlet untuk ke pasukan kebangsaan akan diadakan pada Oktober, atlet terbaik serta mampu menghasilkan pingat buat negara pada Sukan Komanwel akan diserapkan dalam skuad baharu ini,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Awal bulan ini, arena sukan negara sekali lagi dikejutkan dengan isu doping, sebelum PABM tampil mengesahkan bahawa dua atlet yang sebelum ini dilaporkan positif penggunaan bahan terlarang adalah daripada sukan angkat berat.

“Inilah yang pihak persatuan rasa kesal dan kecewa kerana dia baru saja (diserapkan), malah masih muda dan sudah terlibat dalam kes seperti ini,” jelasnya.

Dalam pada itu, Ayub optimis Malaysia mampu mempertahankan pencapaian dua pingat emas yang diraih pada edisi 2018 di Gold Coast, Australia meskipun terpaksa membentuk dan mempertaruhkan pasukan baharu.

Katanya sebuah pasukan ‘ad hoc’ terdiri daripada empat atlet kini dibentuk, bagi memburu seberapa banyak mata kelayakan ke Sukan Komanwel 2022 di Birmingham, pada beberapa siri kejohanan kelayakan yang dijadual berlangsung hujung tahun ini.





Tiga atlet berkenaan ialah Muhamad Aznil Bidin, Muhammad Aniq Kasdan dan Muhammad Erry Hidayat Muhammad Hidayat, sementara seorang lagi atlet belum diputuskan.

Ayub berkata ketiga-tiga nama itu sudah didaftarkan lebih awal sebelum keputusan berkaitan pembubaran skuad dibuat, memandangkan ia merupakan perancangan menuju Sukan Komanwel 2022.

“Jadi walaupun kita bubar, atlet yang telah didaftarkan dan berpotensi untuk kita bawa ke Sukan Komanwel 2022 akan bersama skuad ‘ad hoc’ dalam tempoh sebulan, sehingga kita dapat tubuhkan pasukan baharu,” katanya. – BERNAMA

Skuad angkat berat negara dibubarkan


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami


https://edisisiasat.com/2021/09/30/lokman-adam-di-terima-balik-menyertai-umno/





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker