Sri Pahang ‘dibedal’ Sarawak, Morales selamatkan KL City

Sri Pahang 'dibedal' Sarawak, Morales selamatkan KL City
Pemain Sarawak United FC, Sandro Da Silva (kiri) diasak pemain Sri Pahang FC, Muhammad Fazly Mazlan (tengah) dalam saingan Piala Malaysia Kumpulan A di Stadium UITM. – FOTO STR/OWEE AH CHUN.

Sri Pahang ‘dibedal’ Sarawak, Morales selamatkan KL City

SHAH ALAM: Naib juara Liga Perdana, Sarawak United terus mencipta kejutan dalam saingan Piala Malaysia apabila menumbangkan satu lagi pasukan Liga Super, Sri Pahang FC (SPFC) 1-0 di Stadium UiTM Shah Alam, sebentar tadi.

Ini menyaksikan skuad Tok Gajah menjadi mangsa kedua ‘The Crocs’ setakat ini selepas mereka sudahpun ‘membaham’ Penang FC 3-1 pada aksi pembukaan Kumpulan A sebelum ini.

Kemenangan itu membolehkan skuad bimbingan E Elavarasan itu mendahului Kumpulan A dengan rekod bersih dua kemenangan daripada dua perlawanan setakat ini.

Sarawak yang turun sebagai tuan rumah beroleh peluang keemasan pada minit ke-18 selepas Uche Agba hanya berdepan Zarif Irfan Hashimuddin namun percubaannya digagalkan penjaga gol Sri Pahang itu.





Selepas rehat antarabangsa, Sarawak akan berdepan KL City FC sementara Sri Pahang pula akan melayan kunjungan Penang FC.

Beraksi di Stadium Bandaraya, keadaan padang yang kurang cantik menyaksikan kedua-dua pasukan tampak bergelut untuk memperagakan corak permainan terbaik.

Penang mendahului menerusi percubaan lencong Sheriddin Boboev pada minit ke-77 sekalipun ia seakan ditampan oleh Casagrande di depan gawang KL City.

Ketika skuad Harimau Kumbang di ambang tiga mata, Morales meledak gol penyamaan lewat permainan untuk memaksa kedua-dua pasukan berkongsi satu mata.

Sri Pahang ‘dibedal’ Sarawak, Morales selamatkan KL City


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami






https://edisisiasat.com/2021/09/30/solskjaer-anggap-united-bernasib-baik/

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker