TFC buat Selangor gigit jari lagi
<

TFC buat Selangor gigit jari lagi
KUALA TERENGGANU: Terengganu FC (TFC) menjadikan Selangor FC mangsa keduanya dalam aksi Piala Malaysia Kumpulan B apabila berjaya menumpaskan pasukan itu 2-1 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak malam ini.
Kemenangan itu menyaksikan skuad kendalian Nafuzi Zain terus mendahului carta kumpulan dengan mengutip enam mata manakala Selangor FC kedua dengan tiga mata.
Pada perlawanan yang berintensiti tinggi itu, skuad kendalian Karsten Neitzel terlebih dahulu mencemaskan kubu pasukan tuan rumah ketika perlawanan baru berusia 57 saat menerusi rembatan kencang Muhamad Mukhairi Ajmal Mahadi dalam kotak penalti, tetapi penjaga gol, Suhaimi Husin sudah bersedia menepis percubaan itu.
Skuad Penyu yang lebih banyak mendominasi permainan terutama kombinasi Habib Haroon, Dechi Marcel dan Lee Tuck di jentera tengah dilihat banyak mengatur gerakan bahaya sekali gus memaksa pertahanan pelawat bekerja keras.
Pada minit ke-51, tuan rumah berjaya mengukuhkan kedudukan apabila Tuck menyudahkan gerakan Faisal.
Mintah berpeluang menambah jaringan ketiga selepas hanya berdepan dengan Khairulazhan pada minit ke-60, tetapi percubaannya berjaya dibaca penjaga gol kebangsaan itu.
Sedar kerap diasak, pelawat melakukan perubahan taktikal, hasilnya pada minit ke-74 pemain pertahanan, Ashmawi Md Yakin berjaya menyambar bola muntah tampanan penjaga gol hasil sepakan Wan Zack Haikal Wan Nor untuk merapatkan kedudukan 1-2.
TFC buat Selangor gigit jari lagi