Wanita derita penyakit kulit ditipu buat rawatan kecantikan

Wanita derita penyakit kulit ditipu buat rawatan kecantikan

Wanita derita penyakit kulit ditipu buat rawatan kecantikan

KOTA BHARU: Teruja untuk kelihatan cantik, seorang ahli perniagaan wanita akhirnya berdepan dengan masalah kulit dan berisiko menghidap penyakit buah pinggang selepas menjalani rawatan kecantikan menerusi individu yang tiada kelayakan.

Mangsa yang berusia 20-an pada mulanya ditawarkan rawatan suntikan pemutihan kulit oleh suspek yang juga saudara wanita itu sendiri pada Ogos tahun lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, suspek mengaku mempunyai kelayakan serta pengalaman untuk menjalankan rawatan itu dan mendakwa kakitangan di sebuah pusat rawatan kecantikan yang terkenal di ibu negara.





“Dalam tempoh dua bulan pada awal tahun ini, mangsa sudah menjalani 17 rawatan di rumah suspek selepas dimaklumkan saudaranya itu mempunyai sijil kelayakan dan mendapat bekalan ubat daripada pusat kecantikan berkenaan.

Shafien berkata, bermula Mac lalu, mangsa mula mengalami masalah kulit yang teruk dan sebaik mendapatkan rawatan di sebuah pusat perubatan, mangsa dikatakan menerima rawatan kulit yang salah dan kini menghadapi risiko penyakit buah pinggang.

“Mangsa kemudiannya terus membuat laporan polis di Balai Polis Tumpat kerana mengesyaki ditipu suspek.

“Kes kini dalam siasatan polis kerana kesalahan menipu dengan jalan samaran di bawah Seksyen 419 Kanun Keseksaan (KK) yang jika disabitkan kesalahan, boleh dipenjara selama tempoh hingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

“Kami ingin mengingatkan kepada masyarakat supaya berhati-hati dan sentiasa membuat semakan terlebih dahulu sebelum mendapatkan sebarang jenis perkhidmatan yang ditawarkan dan jangan mudah mempercayai walaupun dakwaan itu datangnya daripada individu yang dikenali,” katanya.

Wanita derita penyakit kulit ditipu buat rawatan kecantikan


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami






https://edisisiasat.com/2021/09/30/peraih-ikan-dikenakan-bon-berkelakuan-baik-denda-rm8000/

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker