AISHAH KONGSI PENGALAMAN: SEBULAN BEBAS Covid-19

AISHAH KONGSI PENGALAMAN: SEBULAN BEBAS Covid-19

AISHAH KONGSI PENGALAMAN: SEBULAN BEBAS Covid-19

“Hari ini (semalam) cukup sebulan sudah sejak saya disahkan positif Covid-19. Sebulan lalu, selepas 10 hari demam mula merasakan pernafasan semakin susah. Allah SWT saja yang tahu perasaan saya ketika itu. Saya masih ingat ingat detik pintu ambulans ditutup dan wajah anak-anak saya semakin jauh bila ambulans bergerak.

“Ketika itu saya cukup takut dan tertanya-tanya sama ada inikah kali terakhir saya akan menatap wajah kesayangan ini. Ia bukan sekadar demam selsema biasa, ia penyakit yang memisahkan kita dari orang yang kita kasihi… apabila terkapar di atas katil hospital baru kita sedar bahawa kita menghadapi bukan saja penyakit yang ganas tetapi menghadapinya berseorangan.

AISHAH KONGSI PENGALAMAN: SEBULAN BEBAS Covid-19





“Bagi saya itu yang paling parah, tangan saya ni dah lebam biru dicucuk untuk dapatkan darah dan masukkan antibiotik… itu saya boleh pasrah tapi paling mengerikan berhadapan dengan penyakit ini berseorangan dirawat oleh total stranger (orang tidak dikenali).

“Yang paling penting jangan lambat ke hospital sekiranya oksigen level anda turun melepasi 94 peratus. Ini sangat kritikal yang akan menentukan keupayaan melawan virus ini. Terima kasih di atas doa dan sokongan moral selama ini. Jaga diri semua,” kata penyanyi Aishah yang berkongsi pengalaman dijangkiti Covid-19, selepas genap sebulan bebas daripada wabak tersebut menerusi laman Instagram pada Khamis.


Disyorkan Untuk Anda :


Nampaknya pengalaman dijangkiti Covid-19 kira-kira sebulan lalu benar-benar menginsafkan dan meninggalkan kesan cukup mendalam buat Aishah. Ini kerana Aishah atau nama sebenar Wan Aishah Wan Ariffin, 56, masih teringat detik menakutkan semasa dibawa menaiki ambulans kerana terbayangkan mungkin itu pertemuan terakhirnya dengan keluarga.

Penyanyi lagu ‘Janji Manismu’ disahkan positif Covid-19 pada 31 Ogos lalu selepas menjalani ujian calitan di sebuah pusat perubatan swasta. Dia dikejarkan ke Hospital Ampang, Selangor dan menerima rawatan selama dua minggu berikutan paras oksigen merosot.

Sementara itu, Aishah berkata Covid-19 bukan sahaja memberi kesan kepada kesihatan tubuh, malah turut mengganggu emosi dan mental pesakit. Ini kerana mereka yang dijangkiti perlu kuat melawan virus itu sendirian tanpa sokongan keluarga terdekat. Dalam pada itu, Aishah turut menasihati mereka yang sedang berdepan jangkitan Covid-19 supaya berwaspada dengan keadaan kesihatan tubuh dan segera ke hospital jika keadaan semakin merosot.





AISHAH KONGSI PENGALAMAN: SEBULAN BEBAS Covid-19


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami


https://edisisiasat.com/2021/09/30/miliki-phd-namun-hantar-makanan-rider-kejar-impian-di-jalan-raya/





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker