“Bajet Ciput Lepas Tu Suruh Sedia ‘Wardrobe’ Sendiri” – Sharifah Amani
“Bajet Ciput Lepas Tu Suruh Sedia ‘Wardrobe’ Sendiri” – Sharifah Amani
Sebut saja nama pelakon, pasti terbayang set pakaian yang dibawa mereka untuk sesi penggambaran.
Namun, realitinya tidak semua mampu menyediakan pakaian atau ‘wardrobe’ sendiri bagi menjayakan sesebuah projek ekoran bajet yang rendah.
Perkara ini dibangkitkan pelakon Sharifah Amani ketika menyuarakan pandangan berhubung harapan tinggi pihak produksi terhadap pelakon, tetapi bayaran tidak setimpal.
Justeru, katanya menerusi ciapannya di Twitter, ada pelakon mengulang pakaian sama dalam set penggambaran bagi naskhah lain.
Difahamkan, ciapan itu ditujukan kepada orang ramai terutama penonton yang merasakan pelakon tidak memberi yang terbaik setiap kali terbabit dengan sesebuah penggambaran.
Sudah lama sebenarnya warganet membanding-bandingkan kualiti drama dan filem tempatan dengan negara luar.
Ia semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini dengan menyebut-nyebut siri dari Korea Selatan di Netflix yang sedang trending iaitu Squid Game.
Apa kata anda? Setuju dengan Amani atau masih merasakan ia hanya alasan semata-mata?
“Bajet Ciput Lepas Tu Suruh Sedia ‘Wardrobe’ Sendiri” – Sharifah Amani
​Disyorkan Untuk Anda :
- CERITA SEBENAR DI SEBALIK FITNAH MIEYSHAFA TERHADAP ELEWSMART
- SELEPAS KECOH PASAL DATA JPN, KINI KECOH PULA DATA ANGKATAN TENTERA DI JUAL!!!
- DI AFGHANISTAN PESALAH JUDI DI SEBAT, IRONINYA DI MALAYSIA CABUTAN JUDI DI TAMBAH!!!(VIDEO HUKUMAN)
- GELEMBUNG LANGKAWI MULA BERIKAN AMARAN, BUDAK 3 TAHUN DI JANGKITI COVID-19
Lawati Laman Facebook Kami
http://edisisiasat.com/2021/10/01/tornado-tears-through-pd-neighbourhood/