Benar, Selepas 5 Dekad, SPRM Terus Unggul Benteras Rasuah, Tapi…

Edisi Siasat mengucapkan selamat menyambut ulangtahun ke 54 kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang telah disambut pada 1 Oktober 2021 (hari ini).

Bermula dari sebuah unit yang kecil di Jabatan Perdana Menteri, kini SPRM muncul sebagai satu-satunya suruhanjaya yang berperanan untuk membenteras dan menguatkuasakan undang-undang memerangi rasuah.

Namun, selepas lebih 5 dekad kewujudan SPRM, bolehkah kita berkata selama ini SPRM sudah berjaya menjalankan amanah dan tanggungjawab dengan baik?

Indikator terbaik untuk mengukur prestasi SPRM ialah kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah dunia atau CPI.





Pada tahun 2019, kedudukan Malaysia 180 negara di dunia ialah pada tangga ke 51.

Dan pada tahun 2020, kedudukan Malaysia jatuh lagi ke tangga 57.

Maksudnya di era pemerintahan Mahiaddin, pandangan dunia terhadap perbuatan rasuah di Malaysia semakin bertambah.

Jadi tidak hairanlah, tidak ada pelabur luar masuk melabur, malah pelabur luar yang berada dalam negara juga lari.

Di mana kata-kata Mahiaddin bahawa barisan kabinet beliau dahulu bebas dari rasuah?





Berbalik kepada pencapaian SPRM, secara jujur mesti kita akui, SPRM sememangnya bertindak cemerlang di dalam membenteras kegiatan rasuah di peringkat ‘anak ikan’ dan juga musuh politik kepada kerajaan yang memerintah, tetapi apabila tiba kepada ‘jerung besar’, SPRM dilihat layu dan seolah-olah tidak berupaya untuk bertindak tegas.

Untuk tahun 2021, kedudukan Malaysia di dalam CPI dijangka akan jatuh lagi dan kehilangan barang kes yang bernilai jutaan ringgit adalah jawapan kepada kejatuhan itu.

Sekiranya SPRM mahu dilihat sebagai sebuah suruhanjaya yang digeruni oleh pencinta rasuah, maka sikap ini wajib dikikis dan mesti bertindak ‘without fear or favour’.

Edisi Siasat berharap, SPRM akan terus bersikap tegas tanpa memandang kedudukan kerana rasuah adalah musuh kepada negara.





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker