Cantik… Selangor & Lembah Klang Tak Ada Air Lagi, Kali Ini 4 Hari!!!

Sebut sahaja Selangor, masalah yang paling sinonim ialah masalah gangguan bekalan air.

Gangguan bekalan air yang berjadual lain dan yang tidak berjadul pun lain.

Adakalanya sampai berhari-hari tak ada air.

Memang betullah, bekalan air secara percuma ada dibekalkan, tapi, kalau dah yang menjadi penghuni dalam rumah itu warga emas, duduk pula tingkat paling atas rumah flat yang tak ada lif, jawabnya kena redhalah tiga empat hari tak mandi.





Tak mandi kira ok jugalah, boleh lap badan, makan boleh pergi makan dekat restoran, sekarang ini restoran puh dah buka balik.

Tapi macam mana dengan buang air besar dengan buang air kecil?

Kalau siang, boleh pergi stesen minyak atau kedai mamak, tapi kalau malam?

Sekali lagi kawasan Lembah Klang dan sebahagian besar Selangor akan alami gangguan bekalan air berjadual bermula dari 13 Oktober 2021 jam 9:00 pagi hingga 16 Oktober 2021 jam 9:00 malam.

Kepada pembaca di Lembah Klang dan Selangor, rajin-rajinlah semak di jadual yang Edisi Siasat sertakan.





Notis Awal – Gangguan Bekalan Air Berjadual LRA SSP1

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker