Gol Cabrera selamatkan JDT

Gol Cabrera selamatkan JDT

ISKANDAR PUTERI: Johor Darul Ta’zim (JDT) hanya mampu menang tipis 1-0 ke atas Petaling Jaya City FC (PJ City FC) pada aksi Kumpulan D saingan Piala Malaysia di Stadium Sultan Ibrahim, di sini, malam ini.

Kemenangan tipis itu membolehkan JDT kekal di tangga teratas Kumpulan D selepas mengumpul enam mata selepas Kelantan FC dan Sabah FC terikat 2-2 pada aksi di Stadium Sultan Muhammad IV, petang tadi.

Pada perlawanan itu, pengendali JDT, Benjamin Mora merombak posisi serangan apabila tidak menurunkan Bergson Da Silva, sebaliknya mempertaruhkan Ahmad Hazwan Bakri menerajui jentera serangan dan turut menyenaraikan pemain import dari Indonesia, Syahrian Abimanyu buat pertama kali.





Skuad Harimau Selatan tidak menunggu lama untuk membuka tirai jaringan seawal minit keempat selepas bola umpanan Natxo Insa membuka ruang buat Gonzalo Cabrera yang melakukan rembatan dari jarak 25 meter tepat ke penjuru kanan gawang menewaskan penjaga gol pelawat, Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi.

Pelawat yang ketinggalan tampak sukar untuk menembusi kekebalan benteng tuan rumah dalam usaha memburu gol penyamaan apabila pergerakan Darren Lok sering dipatahkan gandingan Mauricio Dos Santos dan Shane Lowry.

Sebaliknya, tuan rumah begitu dahaga untuk menambah jaringan dan peluang terbaik pada minit ke-29 hasil umpanan Cabrera menyaksikan Safawi Rasid pantas melakukan sepakan lencong tapi bola menuju sipi di sebelah kanan gawang ketika Kalamullah sudah tertewas.

Bersambung babak kedua, tuan ruman terus mengasak ke kubu pelawat namun bola rembatan deras Insa dari luar kotak pada minit ke-53 selepas menerima bola umpanan pemain gantian Safiq Rahim hanya sekadar melepasi palang gol.

Tindakan Mora memasukan Guilherme De Paula dan Arif Aiman Hanapi bagi menggantikan Ahmad Hazwan dan Safawi pada babak kedua dalam usaha menambah sengat di jentera serangan gagal beri impak sebaliknya jaringan awal perlawanan pada babak pertama yang memihak JDT kekal sehingga tamat aksi.

Gol Cabrera selamatkan JDT


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami






https://edisisiasat.com/2021/10/01/lelaki-rempuh-sjr-dipenjara-denda-rm37000/

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker