Ibu Ali Puteh Pergi Menghadap Ilahi

Ibu Ali Puteh Pergi Menghadap Ilahi

Ibu Ali Puteh Pergi Menghadap Ilahi

Ibu kepada Allahyarham Abam Bocey, Sabariah Arshad meninggal dunia akibat pelbagai komplikasi penyakit termasuk serangan asma pada jam 11.54 malam tadi (Khamis).

Sabariah, 64, menghembuskan nafas terakhir ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi, Hospital Selayang.

Perkara itu dimaklumkan anaknya, Ali Puteh atau nama lengkapnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd. Ridzuan menerusi satu hantaran status dalam Instagram.





Keluarga Ali memaklumkan Sabariah diserang penyakit asma dan dimasukkan ke zon kritikal (zon merah) hospital berkenaan pada Selasa lalu.

Difahamkan, Sabariah juga telah ditidurkan dan menggunakan alat bantuan pernafasan.

Menurut Ali, jenazah ibunya akan dimandikan di masjid BT8 Gombak sekitar pukul 9 pagi dan akan dikebumikan di tanah perkuburan sama dengan arwah Abam iaitu Tanah Perkuburan Sungai Pusu, Gombak sebelum solat Jumaat, hari ini.

 





 

Berita pemergian ibu kepada adik beradik pelawak itu juga dikongsikan rakan pelawak, Achey menerusi hantaran terbaharu Instagram miliknya.

Pada Disember 2020, Sabariah pernah dikejarkan ke hospital sama kerana serangan asma dan menggunakan alat bantuan pernafasan.

Sumber: K! ONLINE





Ibu Ali Puteh Pergi Menghadap Ilahi


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami


http://edisisiasat.com/2021/10/01/pembaziran-duit-rakyat-rm36-8-juta-di-sri-perdana-benarkah-kerana-kerenah-isteri/

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker