Kim Yo-jong pemimpin baharu dilantik di Korea Utara

Kim Yo-jong pemimpin baharu dilantik di Korea Utara

Kim Yo-jong pemimpin baharu dilantik di Korea Utara

SEOUL: Adik, penasihat, dan kini pegawai atasan, itu adalah kenaikan pangkat terbaharu Kim Yo-jong, keluarga pemimpin Korea Utara bagi mengukuhkan kedudukannya dalam kalangan kuasa Pyongyang, kata penganalisis.

Beliau sudah lama menjadi antara leftenan paling hampir Kim Jong-un serta antara wanita paling berpengaruh dalam rejim terpencil dan hari ini secara rasmi dinamakan ke Suruhanjaya Hal Ehwal Negara (SAC), badan pemerintah tertinggi negara itu, umum media.

Ia adalah langkah besar daripada kedudukannya yang relatifnya rendah sebelum ini, iaitu sebagai wakil pengarah jabatan di parti pemerintah, berkemungkinan meningkatkan spekulasi boleh menjadi calon jangka panjang bagi menggantikan abangnya.





Ini kerana Jong-un sering dikaitkan dengan khabar angin berkaitan masalah kesihatan.

Peralihan itu akan memberi Korea Utara pemimpin wanita pertama yang konservatif, tetapi penganalisis memberi amaran ia akan melanggar konvensyen.

“Kim Jong-un telah menaikkan status Kim Yo-jong,” kata Shin Beom-chul, seorang penyelidik di Korea Research Institute for National Strategy.

Dilahirkan pada 1988, menurut Kementerian Penyatuan Seoul, Yo-jong adalah salah satu daripada tiga anak dilahirkan Kim Jong-il dan pasangan ketiganya yang terkenal, bekas penari, Ko Yong Hui.

Beliau mendapat pendidikan bersama abangnya di Switzerland dan meningkat pesat selepas mewarisi kekuasaan sejurus kematian ayah mereka pada 2011.





Kewujudan beliau hampir tidak diketahui dunia yang lebih luas hingga pemakaman bapanya, ketika dilihat di televisyen negara berdiri betul-betul di belakang Kim Jong-un, kelihatan menangis dan berwajah pucat.

Sebaliknya, senyuman yang terukir di bibirnya ketika menuruni eskalator di lapangan terbang Incheon, ketika menjadi utusan abangnya ke Olimpik Musim Sejuk 2018, adalah anggota pertama dinasti pemerintah Korea Utara menjejakkan kaki ke Korea Selatan sejak Perang Korea.

Setiap perincian lawatannya diawasi dengan teliti, daripada pakaian hingga ke beg dibawanya serta tulisan tangannya. – AFP

Kim Yo-jong pemimpin baharu dilantik di Korea Utara

 


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami






https://edisisiasat.com/2021/10/01/lelaki-bersenjata-bunuh-13-orang-di-ibu-negara-nigeria/

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker