Lelaki bersenjata bunuh 13 orang di ibu negara Nigeria

Lelaki bersenjata bunuh 13 orang di ibu negara Nigeria

Lelaki bersenjata bunuh 13 orang di ibu negara Nigeria

ABUJA: Lelaki bersenjata membunuh 13 orang di ibu negara Nigeria, kata seorang pegawai tempatan hari ini, kejadian terbaharu dalam siri serangan di wilayah itu.

Geng penjenayah digelar sebagai penyamun olah penduduk tempatan, mengganas di barat laut dan ibu negara itu selama beberapa tahun dan menjadi lebih ganas dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

Nigeria sudah meningkatkan operasi ketenteraan di wilayah utama yang menjadi sasaran penyamun, tetapi pegawai dan penduduk bimbang mereka melarikan diri ke kawasan lain.





“Selasa malam… penyamun disyaki berasal dari Kaduna atau negara jiran mengepung kampung Kachiwe di Munya (daerah) dan melancarkan serangan,” kata Pesuruhjaya Maklumat Negara Niger, Muhammad Idris.

“Kami telah mengira 13 mayat. Penduduk kampung lari untuk bersembunyi… dan ada yang dibawa ke hospital,” katanya sambil menjelaskan jumlah kematian mungkin meningkat.

Kumpulan itu meningkatkan sasaran ke sekolah tahun ini, dengan menculik pelajar untuk meminta tebusan daripada pihak berkuasa dan ibu bapa.

Ia termasuk larangan pengangkutan membawa lembu dan kayu api, penangguhan beberapa pasaran haiwan dan sekatan penjualan bahan bakar.

Kaduna adalah negeri terbaharu hari ini yang menguatkuasakan sekatan pergerakan separa di beberapa kawasan, bergabung dengan Zamfara, Katsina, dan Sokoto.





Di Zamfara sahaja, talian telefon ditutup lebih tiga minggu, menyukarkan aktiviti ekonomi. – AFP

Lelaki bersenjata bunuh 13 orang di ibu negara Nigeria


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami


https://edisisiasat.com/2021/10/01/melaka-benam-kedah-di-darul-aman/





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker