Melaka benam Kedah di Darul Aman

Melaka benam Kedah di Darul Aman
Alor Setar: Kedah Darul Aman FC (KDA FC) gagal meneruskan momentum kemenangan apabila tewas kepada Melaka United 1-3 pada aksi kedua Kumpulan C saingan Piala Malaysia di Stadium Darul Aman sebentar tadi.
Walaupun Kedah mendahului di awal babak perlawanan, Melaka membuktikan penguasaannya apabila berjaya bangkit dengan tiga gol sekali gus membawa pulang tiga mata untuk mengungguli kumpulan.
Tuan rumah membuka tirai jaringan dengan gol seawal minit keenam melalui penyerang utama Kpah Sherman yang menolak bola di depan pintu gawang Melaka selepas mendapat hantaran pantas Kipre Tchetche dari sebelah kiri pintu gol.
Melaka terus mengejutkan Kedah dengan gol kedua melalui jaringan kencang Manuel Ott pada minit ke-38 yang sebelum itu mendapat lorongan daripada Adriano.
Kedah yang ketinggalan dua gol terus berusaha bangkit dengan percubaan tandukan penyerang Kipre Tchetche pada minit ke-58 dan pemain gantian Fayadh Zulkifli pada minit ke-86, namun penjaga gawang Khairul Fahmi Che Mat lebih bersedia di depan gawang.
Melaka benam Kedah di Darul Aman
​Disyorkan Untuk Anda :
- CERITA SEBENAR DI SEBALIK FITNAH MIEYSHAFA TERHADAP ELEWSMART
- SELEPAS KECOH PASAL DATA JPN, KINI KECOH PULA DATA ANGKATAN TENTERA DI JUAL!!!
- DI AFGHANISTAN PESALAH JUDI DI SEBAT, IRONINYA DI MALAYSIA CABUTAN JUDI DI TAMBAH!!!(VIDEO HUKUMAN)
- GELEMBUNG LANGKAWI MULA BERIKAN AMARAN, BUDAK 3 TAHUN DI JANGKITI COVID-19
Lawati Laman Facebook Kami
https://edisisiasat.com/2021/10/01/gol-cabrera-selamatkan-jdt/