Perlukah Menunggu Kes Adib 2.0 Baru Polis Mahu Di Berikan Kebenaran Untuk Bertindak Tegas?

Keadilan untuk Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, anggota Pasukan Bomba & Penyelamat yang mati kerana dipukul sewaktu bertugas masih lagi belum tuntas.

Kini, sekali lagi kredibiliti dan kesabaran pihak berkuasa dicabar oleh sekelompok manusia yang melakukan provokasi melampau.

Insiden terbaru ialah apabila sekumpulan lelaki dan wanita yang bersenjatakan kayu dan besi cuba menghalang dari PTG merobohkan tokong yang dibina secara haram di atas tanah milik kerajaan.

Walau pun dibantu oleh sepasukan anggota polis dari Ibupejabat Polis Daerah Sentul, namun ianya tidak langsung tidak dapat membuatkan mereka mengalah, malah semakin galak.

Apa yang menjadi isu sebenar di Tokong Tiong Hwa di Salak Selatan itu?





Pihak pengurusan Tokong Tiong Hwa telah mendirikan secara haram tokong mereka di atas sebidang tanah milik kerajaan.

Pada tahun 2017, mereka cuba memohon supaya tanah tapak tokong itu diserahkan kepada mereka, namun permohonan mereka ditolak.

Kini, kerajaan ingin membina sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan di atas tapak tokong itu.

Notis sudah pun diberikan, namun mereka masih berdegil dan tidak mahu berpindah.

Akhirnya, pihak PTG terpaksa mengambil tindakan tegas dengan menghantar 2 jentera berat untuk kerja-kerja pembersihan, namun ianya telah dihalang oleh sekumpulan lelaki dan wanita yang bersenjatakan kayu dan besi.





Bimbang dengan keselamatan mereka, pihak PTG telah meminta bantuan dari pihak polis, namun kumpulan lelaki dan wanita yang mempertahankan tokong haram tersebut masih tidak mahu mengalah, malah semakin galak membuat provokasi.

Ada pula di antara mereka yang merakam kejadian itu untuk ditularkan dengan tujuan memutarbelitkan fakta dan menuduh pihak polis mengasari mereka.

Dari sudut perundangan, selepas diberikan amaran, pihak polis boleh menggunakan kekerasan sekiranya keadaan membahayakan keselamatan mereka.

Persoalannya, mengapa mereka tidak menggunakannya?

Sudah menjadi kelaziman di negara ini, pihak legislatif (ahli politik) akan cepat mengambil kesempatan untuk mendapatkan ‘political mileage’ apabila berlaku pertembungan antara orang awam dan pihak polis.





Bila berlaku kecederaan di pihak awam, tanpa usul periksa, mereka dengan pantas akan merekayasa cerita pihak polis telah menggunakan kekerasan yang tidak sepatutnya ke atas orang awam.

Mereka menuntut agar pihak polis berkenaan disiasat dan diheret ke muka pengadilan.

Ini menyebabkan pihak polis terpaksa terlalu berhati-hati di dalam melaksanakan tugas mereka sehingga mendedahkan diri mereka kepada bahaya.

Tindakan tegas adalah pilihan terakhir, namun, seringkali bila sampai ke pilihan terakhir, sudah ada yang tercedera dan mungkin terkorban seperti yang dialami oleh Allahyarham Adib.

Kepada pihak legislatif, janganlah terlalu mengikat tangan pihak berkuasa sehinggakan kelompok manusia yang tidak menghormati undang-undang itu merasakan mereka akan dibela.





Berikan ruang kepada pihak berkuasa melaksanakan tanggungjawab mereka tanpa sebarang tekanan.

Mereka terlatih dan profesional dan bukan perkara yang mudah untuk berhadapan dengan kelompok manusia yang sedang marah, jadi, jangan disulitkan lagi kerja mereka.

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker