PU Syed Ditegur Ulas Perkahwinan Lesbian Muslim

PU Syed Ditegur Ulas Perkahwinan Lesbian Muslim

PU Syed Ditegur Ulas Perkahwinan Lesbian Muslim

Nampaknya, isu perahwinan membabitkan adik kepada bekas pengacara televisyen baru tiba ke pengetahuan Pencetus Ummah (PU) Syed Bakri.

Perkara itu didedahkannya selepas dimaklumkan seorang pengikut di Instagram yang bertanya sama ada pasangan lesbian yang berkahwin di luar negara akan dikenakan tindakan atau tidak.

PU Syed mengakui dia terkejut dengan kewujudan situasi itu.





“Pertamanya. Terkejut bila membaca isu ini..apabila dipercayai seorang wanita Melayu Islam..boleh berkahwin dengan wanita Inggeris..

“Persoalan yang timbul..Apakah status agamanya sekarang?

“Status perkahwinan tak perlu disoal kerana sudah nyata ianya adalah HARAM disisi agama Islam,” ulasnya.

Berikutan itu, PU Syed menggesa pihak berwajib menyiasat perkara ini.

“Mohon @myjakim teliti isu ini dan kena selidik apakah sebenarnya yang sedang berlaku..”





“YB Senator @ustaz.idrisahmad YB @marzuk_shaary.

“El Gi Bi Ti (LGBT) Ini semakin membarah..dalam masyarakat!” mohonnya.

 

 PU Syed Ditegur Ulas Perkahwinan Lesbian Muslim

Bagaimanapun, hantaran itu dipadam selepas wanita dimaksudkan meminta PU Syed memadam posting berkenaan.





“Awak mengambil tangkap layar daripada IG saya dan memuat naiknya disini. Awak patut padamnya, tolong,” balas wanita itu di ruangan komen hantaran terbabit.

Tertanya-tanya juga apa penerimaan seluruh keluarga dan sanak saudara terhadap hubungan songsangnya itu.

PU Syed Ditegur Ulas Perkahwinan Lesbian Muslim


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami


http://edisisiasat.com/2021/10/01/ibu-ali-puteh-pergi-menghadap-ilahi/





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker